Pahang catat RM421 juta komitmen pelaburan di Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2026

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2026 • 3:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pahang catat RM421 juta komitmen pelaburan di Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2026 Image from: Pahang catat RM421 juta komitmen pelaburan di Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2026 liza16/10/2026 - 15:45 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 Okt – Pahang merekodkan komitmen pelaburan bernilai RM421 juta menerusi 12 pertukaran dokumen perjanjian sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.

 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penyertaan kerajaan negeri dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu bertujuan mempromosikan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di negeri berkenaan.

 

Menurutnya, Pahang terus meneroka peluang dalam beberapa sektor strategik, termasuk pembangunan Pahang Barat, industri aeroangkasa menerusi Pahang Aerospace City (PAC), teknologi digital, pusat data, kenderaan elektrik (EV), pelancongan serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

 

“Kerajaan negeri turut memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memastikan potensi pelaburan dapat diterjemahkan kepada projek yang berdaya maju dan memberi manfaat kepada rakyat.

 

“Kejayaan pelaburan bukan hanya diukur berdasarkan nilai modal yang dibawa masuk, tetapi juga melalui peluang pekerjaan, pembangunan usahawan tempatan dan peningkatan kemahiran anak-anak Pahang,” katanya dalam kenyataan.

 

Birokrasi pelaburan

Beliau berkata, menerusi Aspirasi Pahang 1st, kerajaan negeri akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti bagi memacu pertumbuhan ekonomi, menjamin kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan negeri yang mampan.

 

“Kerajaan negeri komited memudah cara urusan pelabur dengan meminimumkan kerenah birokrasi tanpa mengabaikan peraturan yang ditetapkan. 

 

“Kemudahan dalam urusan pelaburan penting bagi menarik minat pelabur memandangkan mereka mempunyai pilihan untuk menentukan lokasi yang menawarkan proses lebih mudah,” katanya.

 

Beliau berkata, setiap komitmen pelaburan yang dimeterai perlu diterjemahkan kepada pelaksanaan projek fizikal supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh negeri dan rakyat. 

 

Sehubungan itu, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada pelaburan berkualiti yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, memperkukuh perusahaan tempatan serta membawa masuk teknologi baharu, dengan pelaksanaan diselaraskan mengikut keperluan perundangan, teknikal, perancangan dan kelestarian. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved