Pahang kuasai agro, penyumbang terbesar pertanian nilai RM25 bilion

LocalBusiness & Finance
25 Jul 2026 • 5:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pahang kuasai agro, penyumbang terbesar pertanian nilai RM25 bilion

RAUB – Pahang mempunyai semua kekuatan yang diperlukan untuk menjadi peneraju negara dalam sektor pertanian, sekali gus menjadi kuasa agro negara.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Ismail berkata, berdasarkan rekod pada 2024 Pahang merupakan penyumbang terbesar sektor pertanian negara dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion dengan 88 peratus datang datang daripada subsektor tanaman.

“Malah, berdasarkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar Pahang pada tahun lalu iaitu RM71 bilion, sektor pertanian turut menyumbang RM15.9 bilion iaitu sektor kedua tertinggi selepas sektor perkhidmatan dengan RM37.3 bilion.

“Inilah kekuatan yang perlu kita pelihara dan kita bangunkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) Pahang 2026 di Dataran Raub, di sini hari ini.

Menurutnya antara potensi dan kekuatan Pahang termasuk Cameron Highlands yang terus menjadi kebanggaan negara sebagai pengeluar utama sayur-sayuran berkualiti bernilai RM3.6 bilion setahun.

Beliau memberitahu, kelapa sawit pula terus menjadi penyumbang terbesar ekonomi pertanian negeri dengan nilai pengeluaran RM14.18 bilion setahun.

“Dan apabila kita berada di Raub saya percaya tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa nama Raub telah menjadi jenama dunia.

“Apabila orang menyebut musang king sebagai contohnya, mereka akan mengingati Raub, apabila orang mengingati Raub, mereka sebenarnya sedang mengingati Pahang,”katanya.

Dalam pada itu beliau optimis sasaran bagi menjana jualan sebanyak RM1.3 juta dalam MAHA 2026 akan mampu dicapai berdasarkan sambutan yang diterima setakat ini.

Katanya, program MAHA akan diteruskan sebagai program tahunan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa demi manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini.

Ujarnya, pada tahun hadapan MAHA akan dianjurkan lagi di Lipis dengan peruntukan yang lebih banyak iaitu kira-kira RM3 juta.

The post Pahang kuasai agro, penyumbang terbesar pertanian nilai RM25 bilion appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved