
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan komitmennya dalam menawarkan pengalaman pemilikan motosikal yang lebih meyakinkan menerusi Yamaha Quality Service (YQS), yang kini menjadi rangkaian servis motosikal terbesar di Malaysia dengan lebih 300 Pusat Servis Berkualiti Yamaha (YQS) di seluruh negara.
Rangkaian ini diwujudkan bagi memastikan setiap pemilik motosikal Yamaha menikmati perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti, profesional dan mengikut piawaian pengeluar. Setiap Pusat Servis Berkualiti Yamaha dibangunkan berasaskan tiga elemen utama iaitu penggunaan alat ganti tulen, mekanik bertauliah dan teknologi diagnostik moden.
Dari aspek alat ganti, semua pusat servis YQS hanya menggunakan Alat Ganti Tulen Yamaha yang direka mengikut spesifikasi asal bagi memastikan prestasi, ketahanan serta kebolehpercayaan motosikal sentiasa berada pada tahap optimum. Selain itu, setiap alat ganti disokong oleh Jaminan Kilang Yamaha, manakala ketulenan minyak pelincir YAMALUBE boleh disahkan dengan mudah melalui imbasan kod QR pada setiap botol.
Bagi memastikan kualiti servis sentiasa konsisten, setiap motosikal dikendalikan oleh mekanik Yamaha bertauliah yang telah menjalani latihan khusus mengikut standard Yamaha. Setiap Pusat Servis Berkualiti Yamaha mempunyai sekurang-kurangnya seorang Mekanik Tahap Perak yang dibantu oleh Mekanik Tahap Gangsa, manakala Ketua Mekanik menerima pensijilan selepas menamatkan latihan lanjutan di Global Yamaha Certified Training Academy (YTA).
Selain kepakaran tenaga kerja, setiap pusat servis turut dilengkapi dengan teknologi diagnostik Yamaha terkini serta peralatan khas yang membolehkan juruteknik mengesan dan menyelesaikan masalah motosikal dengan lebih pantas, tepat dan efisien.
Dengan lebih 300 Pusat Servis Berkualiti Yamaha yang ditempatkan secara strategik di seluruh Malaysia, pemilik motosikal Yamaha kini mempunyai akses kepada perkhidmatan penyelenggaraan yang disokong oleh Alat Ganti Tulen Yamaha, mekanik bertauliah serta teknologi servis moden. Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap jenama Yamaha serta memastikan setiap perjalanan lebih selamat dan lancar












The post Yamaha Quality Service (YQS) Kini Rangkaian Servis Motosikal Terbesar di Malaysia Dengan Lebih 300 Pusat Servis appeared first on TW Media.




![[KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://twmedia.my/wp-content/uploads/2026/07/CJ_07-1024x716.jpg)