Pahang rangkul emas hatrik hoki wanita

23 Aug 2026 • 6:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pahang rangkul emas hatrik hoki wanita

KLANG: Skuad hoki wanita Pahang mencipta sejarah apabila merangkul pingat emas buat kali ketiga berturut-turut pada Sukan Malaysia (SUKMA) selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 6-5 menerusi penentuan penalti shoot-out.

Penentuan penalti shoot-out terpaksa dilakukan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Pandamaran, hari ini.

Gangsa diraih oleh Perak selepas menundukkan Selangor 3-0.

Kejayaan itu meneruskan penguasaan Pahang selepas muncul juara pada edisi 2022 dengan menewaskan Selangor 2-1.

Pada edisi lalu, Pahang turut menewaskan Wilayah Persekutuan 5-3 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Ketua jurulatih hoki wanita Pahang, Mohamad Sabri Mohamad berkata, disiplin dan pengorbanan pemain menjadi antara faktor utama kejayaan mereka mempertahankan kejuaraan.

“Kesilapan kecil menyebabkan kita dibolosi, tetapi kita percaya mempunyai pengalaman dalam penentuan penalti shoot-out.

“Walaupun penentuan penalti berlangsung panjang, saya percaya penjaga gol menunjukkan aksi yang cemerlang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kesungguhan pemain yang menjalani latihan sejak awal tanpa banyak pulang ke rumah turut menjadi kunci kejayaan Pahang.

“Saya rasa dari segi latihan dan pemain, mereka sangat bagus serta mempunyai disiplin yang tinggi kerana memang mahu mendapatkan emas di SUKMA.

“Mereka bermula sangat awal berlatih dan banyak berkorban dari segi masa. Pengorbanan mereka akhirnya membuahkan hasil dengan kemenangan pingat emas,” katanya. -UTUSAN

 

The post Pahang rangkul emas hatrik hoki wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved