Kedah rangkul emas ragbi 7s SUKMA

23 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kedah rangkul emas ragbi 7s SUKMA

KLANG: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) Kedah menamatkan kempen Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan kejayaan merangkul pingat emas selepas menewaskan Perak 14-12 pada aksi final di Padang Sultan Suleiman, hari ini.

Skuad kendalian Azizul Aziz itu mempamerkan aksi penuh disiplin untuk mengekalkan kelebihan sehingga wisel penamat, sekali gus memastikan emas menjadi milik Kedah.

Perak yang memberikan tentangan sengit terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa menjadi milik Johor selepas menundukkan Wilayah Persekutuan 10-0.

Azizul menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil kerja keras pemain yang berjaya melaksanakan setiap arahan serta perancangan pasukan dengan baik.

“Saya bersyukur di atas kemenangan perlawanan akhir ini. Prestasi para pemain dalam perlawanan akhir bagi saya sangat menakjubkan.

“Semua pemain bekerja keras dan bertungkus-lumus untuk memenangi perlawanan ini.

“Perak satu pasukan yang baik, kita tahu perkara itu. Jadi, kita fokus bagaimana untuk bertahan bagi mengatasi serangan daripada Perak.

“Kemudian kita serap tekanan itu dan jadikan ia sebagai senjata untuk menyerang kelemahan Perak. Alhamdulillah, pemain dapat mengikut setiap arahan dan perancangan yang telah kita buat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, bagi kategori wanita menyaksikan Selangor mempertahankan pingat emas selepas membelasah Sarawak 41-0 pada aksi final.

Kemenangan itu turut mengulangi skrip final edisi lalu apabila Selangor menewaskan Sarawak 12-7.

Gangsa menjadi milik Sabah selepas menewaskan Terengganu 19-5. – UTUSAN

The post Kedah rangkul emas ragbi 7s SUKMA appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved