Pahang terbuka, terima mana-mana parti

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 7:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pahang terbuka, terima mana-mana parti

BENTONG – “Kita terbuka. Bukan sahaja kepada Pas, kepada mana-mana parti lain pun”.

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama politik antara UMNO dan Pas di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, keterbukaan itu bukan bermaksud sebarang rundingan sudah dimulakan, sebaliknya kerajaan negeri sentiasa bersedia mempertimbangkan kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya ia membawa kepentingan kepada rakyat Pahang.

Menurutnya, pendirian itu turut menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak menetapkan batas kepada mana-mana parti dalam soal kerjasama, selagi perkara berkenaan menjurus kepada kepentingan rakyat.

“Belum (berunding). (Kita) terbuka. Bukan sahaja kepada Pas, kepada mana-mana parti sekalipun, “katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Usahawan Makmur dan Penyerahan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technoprenuer Enterprise Program (STEP) Tahun 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar berhubung kerjasama antara Pas dan UMNO di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).- KOSMO! ONLINE

The post Pahang terbuka, terima mana-mana parti appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved