'Amirudin perlu jelaskan pendirian PH soal kerjasama dengan PN, Bersatu' - Ramkarpal Singh

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Amirudin perlu jelaskan pendirian PH soal kerjasama dengan PN, Bersatu' - Ramkarpal Singh
Ramkarpal (gambar kiri) menuntut Amirudin memberikan penjelasan berhubung kenyataannya bahawa PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu atau PN.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perlu memberikan penjelasan berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu atau Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, pendirian itu perlu diperjelaskan terutama sama ada perkara berkenaan telah dibincangkan dan diputuskan di peringkat Majlis Presiden PH.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, perkara itu serius kerana ia membabitkan hala tuju PH dan potensi rakan gabungan pada masa hadapan, sekali gus wajar dibincangkan secara menyeluruh oleh semua parti komponen sebelum sebarang pengumuman dibuat.

"Setakat ini, saya tidak mengetahui mengenai pendirian sedemikian dan mengesahkan perkara itu belum dibincangkan mana-mana peringkat DAP.

"Tidak dinafikan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat perlu menjadi pertimbangan utama seperti mana diambil kira seperti mana dinyatakan Amirudin, namun sama penting adalah sama ada rakan gabungan mampu bekerjasama demi kepentingan bersama dan kemajuan negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Amirudin memaklumkan PH sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama atau sebarang persefahaman dengan parti atau gabungan politik termasuk PN atau Bersatu.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR terbabit menegaskan kerjasama itu mestilah berasaskan dan menerima pakai prinsip 'kestabilan politik dan kepentingan rakyat'.

Dalam pada itu, Ramkarpal berkata, dakwaan tidak berasas Pas terhadap DAP yang didakwa anti-Islam menjadi antara sebab, pada pandangannya, kerjasama antara kedua-dua parti tidak boleh berlaku pada masa ini.

Beliau menambah, dalam keadaan itu, perkara terbabit perlu diperjelaskan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mungkin timbul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved