
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya khususnya pemandu seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan fokus kepada pemanduan.
Ia penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan jalan raya.
Sebagai pemandu, pernahkah anda mengalami situasi aneh ketika memandu kenderaan seperti terdengar bunyi kucing?
Bila dicari puncanya, tidak jumpa pula hingga kadangkala terpaksa mendapatkan bantuan mekanik untuk mencari punca sebenar.
Jumpa Kucing 1 Keluarga Duduk Bawah Kereta
Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila sudah dua hari terdengar bunyi kucing ketika memandu kereta. Kejadian itu dikongsikan sendiri oleh isteri lelaki berkenaan di TikTok @ hayfaadriell.
Jelas wanita yang dikenali sebagai Wawa, suaminya terus membawa kereta berkenaan ke kedai tayar untuk mencari punca bunyi kucing tersebut.
Namun, penemuannya amat mengejutkan. Bukan satu, tetapi tiga ekor anak kucing termasuk ibunya ditemui pada bawah bahagian kereta lelaki itu.
Ibu Kucing Terus Lari Tinggalkan Anak Lepas Kantoi
Lebih mengejutkan, si ibu terus lari meninggalkan anak yang baru dilahir dan hilang entah ke mana.
“Pagi-pagi pergi kedai tayar nak check sebab suami dengar bunyi kucing bawah kereta dah dua hari. Ingatkan seekor, sekali satu keluarga dalam tu. Terperanjat suami,” tulisnya di ruang kapsyen.
Pagi2 pegi kedai tayar nak cek sbab suami dngar bunyi kucing bawah kereta dah dua hari..ingatkan sekor..sekali satu kluarga dlam tu..tanjat husband😅@Wan J #ceritahariini #catlover #kucinglucu #fyppppppppppppppppppppppp #fypage
Tekad Bela Tiga Ekor Anak Kucing, Beri Nama Kereta
Kongsi Wawa lagi, dek kerana tidak jumpa ibu kucing yang telah melarikan diri, dia tekad untuk membela ketiga-tiga ekor si bulus itu.
“Dah dua kali pergi kedai itu. Memang emak dia (anak kucing) dah tiada dekat situ. Terpaksa ambil anak angkat,” kongsinya lagi.
Replying to @🌱 part 2..dah 2 kali p kedai tu..memang mak dia dah xda kat situ..trpaksa amek anak angkat😅#ceritahariini #catlover #kucinglucu #fyppppppppppppppppppppppp #fypage
Menariknya, nama kucing itu dinamakan sempena sebuah model jenama kereta buatan Malaysia, Perodua iaitu Myvi, Axia dan Bezza kerana ketiga-tiganya yang dilahirkan di dalam kereta.
Kongsi Wawa kepada BuzzKini, suaminya pula mahu menamakan dengan nama jenama tayar Kinto, Maxxis & Toyo kerana menemui mereka di kedai tayar namun dia tidak bersetuju dengan cadangan pasangannya itu.
Menerusi perkongsian berasingan, dapat dilihat ketiga-tiga ekor anak kucing yang berwarna hitam coklat itu berada dalam keadaan sihat di bawah penjagaan Wawa.
Assalamualaikum..ni part 3 n ni part last sya update psal ank bulus comel ni..😊sya dan husband dah bincang akan jga diorng smampu kitaorg n decide untuk nama kan diorang axia myvi n bezza..post yg sblom ni sya post bkan sbab nk viral..sya cuma nk kongsi kan pngalaman yg jadi kt kitaorang..tq yg mna support n doa kan yg baik2 untuk axia myvi n bezza..untuk yg komen negatif n kecam tu kitaorang xmintak benda ni jd..tp dah takdir..so ni last part untuk ank2 bulus ni..kami akan cuba yg trbaik jga axia myvi n bezza..doakan kami n doakan smoga diorang shat n kami dpat sedia kan tmpat yg lebih selesa tuk diorang yee..tq semua☺️#kucingbawahkereta #ceritahariini #catlover #kucinglucu #fyppppppppppppppppppppppp #fypage
Ramai Ucap Terima Kasih Kerana Sanggup Jaga Kucing
Video yang telah mendapat lebih 654,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang turut terkejut melihat haiwan berkenaan berkampung di bawah kereta itu.
Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana cara haiwan itu bernafas di tempat tertutup sebegitu.
Namun, ramai juga yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasangan suami isteri itu kerana sanggup menjaga si bulus.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Dia Buat Labour Room Dekat Situ”

“Laa Emak Kucing Tu Lari”

“Tak Apa, Sekurang-Kurangnya Anak Dia Selamat, Emak Dia Dah Jadi Kucing Dewasa”

“Semoga Dipermudah Segala Urusan & Murah Rezeki”

“Terkejut Kejap Tiba-Tiba Emak Kucing Terjah Terjun”

Baca Artikel Berkaitan: Dengar Bunyi Kucing Dalam Enjin, Rupanya Si Bulus Sorok Dalam Tayar Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Gambar Kucing Tergantung Belakang Kereta, Pemandu 4×4 Dakwa Tak Perasan
Source:


![“Berapa Kotak Kismis Akak Telan?” – Ramai Kagum Lihat Gadis Pantas Jawab Soalan Matematik [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)

![“Janji Cantik Kan?” – Wanita Guna Plastik Terpakai Jadikan Pembalut Buku Sekolah Anak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)