Pakai Pemanas Air Di Rumah? Amalkan 7 Perkara Ini Untuk Elak Renjatan Elektrik Semasa Guna Water Heater

Home & Living
18 Apr 2026 • 11:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pakai Pemanas Air Di Rumah? Amalkan 7 Perkara Ini Untuk Elak Renjatan Elektrik Semasa Guna Water Heater

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Saban tahun pasti ada sahaja berita tragis tentang kematian seseorang kerana renjatan elektrik ketika menggunakan pemanas air atau dalam bahasa Inggeris, water heater.

Malah pada Isnin 13 April lalu, seorang jururawat di Machang, Kelantan dilaporkan maut terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air di bilik mandi rumahnya.

Sekitar 2022 pula, sepasang suami isteri ditemui sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah flat di Taman Puncak Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands.

Insiden-insiden yang berlaku menyebabkan segelintir masyarakat mula was was dan takut untuk menggunakan pemanas air walhal alat berkenaan sudah menjadi satu keperluan bagi mereka.

Jadi di bawah kami kongsikan 7 langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dan diamalkan untuk mengelakkan berlakunya renjatan elektrik semasa menggunakan water heater.

#1 Pastikan water heater ada label ST-Sirim dan dilengkapi ELCB

Image from: Pakai Pemanas Air Di Rumah? Amalkan 7 Perkara Ini Untuk Elak Renjatan Elektrik Semasa Guna Water Heater

Sebelum hendak membeli alat pemanas air, pastikan ia mempunyai label keselamatan ST-SIRIM. Label ini bukan sekadar untuk marketing sahaja sebaliknya ia membuktikan produk elektrik yang anda gunakan sudah lulus ujian pematuhan standard dari Suruhanjaya Tenaga (ST) dan SIRIM.

Jadi elakkan membeli water heater yang tiada jenama atau tidak tiada label keselamatan ST-Sirim walaupun harganya begitu murah.

Selain itu pastikan alat pemanas air yang digunakan di rumah anda mempunyai komponen Earth-Leakage Circuit Breaker (ELCB).

Sebaiknya cari juga water heater yang mempunyai indikator ‘Earth’ berlampu bagi memastikan sambungan pembumian pada unit berada dalam keadaan baik semasa pemasangan dan ada keterusan hingga ke DB. 

#2 Pastikan ELCB berfungsi

Ada ELCB sahaja tidak cukup, kerana anda sendiri sebagai pengguna harus memastikan ianya sentiasa berfungsi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala, lebih baiknya sebulan sekali.

Jadi untuk memeriksa fungsi ELCB sama ada ia berfungsi atau tidak adalah dengan menekan butang ‘test’ atau butang yang berlabel ‘ELCB’. Sekiranya berfungsi, elektrik akan terpadam serta merta.

Kemudian tekan butang ‘reset’ untuk memastikan keadaan baik dan boleh berfungsi seperti biasa.

Image from: Pakai Pemanas Air Di Rumah? Amalkan 7 Perkara Ini Untuk Elak Renjatan Elektrik Semasa Guna Water Heater
Foto: FB Yusoff Kadir

Sekiranya selepas menekan butang ELCB atau Test tetapi tiada apa yang berlaku (elektrik tidak terputus), elak daripada menggunakan water heater tersebut dan segeralah panggil juru elektrik bertauliah. Ini kerana alat itu berkemungkinan sudah rosak.

Secara asasnya fungsi ELCB ini adalah sebagai pemutus litar atau memotong (cut off) arus sekiranya ada kebocoran elektrik.

@samsureshx

#stitch with @Science

♬ original sound – Sam Suresh – Sam Suresh

#3 Pastikan water heater dilindungi RCD 10mA

Selain itu, pastikan pemanas air anda dilindungi Residual Current Circuit Breaker (RCD) 10mA yang khas (dedicated).

Menurut PHM, sensitiviti 10mA adalah piawaian paling selamat untuk memutuskan arus elektrik serta-merta abila berlaku kebocoran di bilik basah.

RCD baik dari jenis RCCB (pair bersama MCB) atau RCBO biasanya akan dipasang di antara DB Box di rumah anda ke water heater.

#4 Pastikan sambungan jenis tetap

Pastikan water heater di rumah anda menggunakan sambungan jenis tetap iaitu Suis Dua Kutub 20A/30A selain sambungannya terus ke DB Box.

Jangan sesekali menggunakan plug 3 pin biasa (13A) atau menggunakan water heater yang menggunakan elektrik diambil dari plug extension wire. Ini kerana wayar sebegini boleh cair dan terbakar.

#5 Gunakan hos pancuran bukan logam

Image from: Pakai Pemanas Air Di Rumah? Amalkan 7 Perkara Ini Untuk Elak Renjatan Elektrik Semasa Guna Water Heater

Hos logam adalah berbahaya. Ini kerana jika berlaku keboran arus, arus logam yang merupakan konduktor (pengalir elektrik) akan mengalirkan arus elektris terus ke badan anda.

Sebaiknya gunakan pos pancuran BUKAN logam (non-metallic) sebagai contohnya jenis plastik.

#6 Jangan halakan pemancut air ke alat pemanas air

Apabila hendak menggunakan air panas jangan sesekali menghalakan alat pemancut air terus ke alat pemanas air.

Ini bertujuan untuk mengelakkan air daripada terkena arus elektrik yang disalurkan kepada alat berkenaan.

#7 Pastikan water heater diurus dan dipasang oleh orang yang bertauliah

Sekiranya anda membeli alat pemanas air ini melalui talian atau dibeli terus dari kedai, adalah lebih baik sekiranya anda memanggil juru elektrik bertauliah untuk memasangnya.

Ini kerana mereka yang mahir dalam bidang elektrik pasti akan melakukan pemeriksaan kepada arus elektrik yang ada di dalam rumah anda sebelum memasang alat pemanas air tersebut.

Selain itu mereka juga akan memasang butang ‘Earth’ (pembumian) yang betul pada unit water heater bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan peka dengan saiz wayar penyambungan (sekurang-kurangnya 4mm).

Sekiranya anda sudah memiliki dan menggunakan water heater namun was-was dengan tahap keselamatannya, adalah lebih baik untuk mengupah juru elektrik bertauliah untuk melakukan pemeriksaan alatan dan sistem pendawaiannya.

View Original Article