Pakai Skirt Pendek & Baju Sendat Main Tenis, Netizen Harap Mawar Rashid Jaga Aurat - “Semoga Diberikan Hidayah, Carilah Circle Kawan Yang Baik”

8 Jul 2025 • 5:02 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Mawar Rashid mengundang rasa kurang senang netizen selepas berkongsi foto lengkap berpakaian sukan Tenis.
 

Netizen kurang senang pakaian sukan Mawar

 


Menerusi hantaran tersebut, Mawar menyatakan bahawa dia sudah mula menyukai sukan Tennis, namun lain jadinya apabila pakaiannya pula menjadi bualan netizen.


 


Netizen berpendapat pakaian yang dipakai Mawar iaitu skirt pendek paras peha dan baju ketat itu tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang ibu tunggal.


 


Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, netizen mendoakan serta mensihatkan Mawar agar kembali menjadi seorang wanita yang menutup aurat dan berhijab seperti sebelum ini.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Terdahulu, Mawar mula bertudung pada Ogos 2020 selepas menyertai kelas agama di Kelantan. 


 


Namun pada Oktober 2023, Mawar mengambil keputusan untuk membuka hijab sepenuhnya.


 


Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. 


 


Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai pada November 2023.