Pakar Patologi Berpendapat Zara Qairina Tidak Mungkin Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Ditolak

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pakar Patologi Forensik berpendapat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mungkin berpunca daripada terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak dari kedudukan berdiri di lokasi kejadian.

Dr Jessie Hiu berkata, pada 2 Ogos lalu, beliau diminta untuk memberikan pendapat profesional mengenai kecederaan antemortem (sebelum kematian) yang dialami Zara.

“Saya sudah meneliti rekod perubatannya, termasuk radiograf, laporan imbasan CT dan CTA, serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Berdasarkan pemeriksaan di asrama si mati, ukuran dari lantai ke rel besi melintang paling atas yang dipasang pada tembok konkrit di tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm. Perbezaan antara ketinggian si mati dengan rel besi melintang paling atas ialah 36 cm.

Ketinggian rel besi itu adalah lebih daripada tiga perempat ketinggian si mati dan berkemungkinan berada di atas pusat gravitinya,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan bertulis saksi setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Kenyataan itu turut menyatakan, bagi wanita, pusat graviti lazimnya terletak di bahagian pelvis, selalunya di bawah pusat dalam kedudukan berdiri.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.