
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai umat Islam, pasti kebanyakan kita mempunyai impian atau telah menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah haji.
Menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci merupakan perkara wajib untuk dilakukan bagi golongan-golongan yang berkemampuan.
Bagi yang tidak berkemampuan pula, ia tidak lah wajib, namun ada di antara mereka yang sanggup melakukan pelbagai cara demi menunaikan rukun Islam kelima itu.
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Tak Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Dari Akaun Persaraan Untuk Ibadah Haji
Peniaga martabak jual rumah demi tunai haji bersama isteri
Seperti kisah seorang peniaga martabak ini, dia sanggup menjual rumah yang dimilikinya demi menunaikan ibadah haji bersama isteri tercinta.
Peniaga yang dikenali sebagai Yahya Che An itu berkata, dia bersyukur dapat menunaikan ibadah haji dengan hasil titik peluhnya bekerja sebagai pemandu lori dan berniaga martabak di tepi jalan.
“Pak cik sanggup hilang harta dunia demi nak cari Rukun Islam yang kelima.
“Bukan apa, esok takut Tuhan tanya kenapa tak pergi (tunai haji) sedangkan ada harta. Kita tiada peguam bela di sana (akhirat). Itulah sanggup jual rumah untuk pergi haji,” katanya dipetik Sinar Harian.
15 tahun simpan hasrat ingin tunai haji
Lelaki berusia 71 tahun itu turut memanjatkan kesyukuran kerana hasratnya sejak 15 tahun untuk menunaikan haji bersama isteri, Nor Aini Abdullah, 66, akhirnya terlaksana.
“Alhamdulillah syukur, hajat sejak 15 tahun sudah terkabul. Memang sukar dan mencabar nak dapat Rukun Islam kelima ini sebab jemaah haji terlalu ramai di sini (Tanah Suci).
“Saya pun dah uzur sikit tapi Alhamdulillah boleh buat (laksana rukun dan wajib haji). Syukurlah apa yang ALLAH SWT berikan. Terima kasih kepada Tabung Haji dan petugas yang banyak membantu,” katanya yang kini masih berada di Tanah Suci.
Yahya akui rasa sedih kerana bakal tinggalkan Tanah Suci
Menurut bapa kepada enam cahaya mata itu, bagi dirinya situasi paling mencabar adalah ketika berada di Mina.
“Bilik air kena beratur panjang, saya sentiasa doa supaya tidak terlalu banyak buang air dan Alhamdulillah dua ke empat jam barulah terasa nak buang air,” ujarnya.
Berkongsi lanjut, Yahya turut mengakui dirinya berasa sedih kerana bakal meninggalkan bumi Mekah tidak lama lagi setelah selesai melaksanakan ibadah haji.
“Sedih nak tinggalkan Mekah, tak dapat nak bayangkan. Ini mungkin kali terakhir ke sini sebab umur pun dah 71 tahun,” katanya lagi.
Terdahulu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali UAI pernah menjelaskan ukuran untuk seseorang itu berkemampuan menunaikan haji bukan sekadar dengan wang tunai sahaja, sebaliknya harta yang dimiliki juga.
Menurutnya, jika harta yang dimiliki itu digunakan untuk bersuka ria semata-mata, maka ia wajib dijual untuk mengutamakan perbelanjaan ibadah haji dahulu.
Baca Artikel Berkaitan: Wajib Jual Harta Yang Bukan Keperluan Untuk Tunai Haji, Tak Jual Berdosa – UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kuasa Allah, Bakal Haji Tertinggal Flight Berjaya Ke Tanah Suci Selepas Pesawat 2 Kali Berpatah Balik [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Impian Tunaikan Haji Termakbul, Mualaf Zahir Rasa Syukur Dijemput Jadi Tetamu Allah
Source:



