Pakopi1969, Kedai Kopi Berkonsepkan Food Truck Yang ‘Trendy’ Di Kuching

9 Sep 2023 • 1:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berkonsepkan food truck dan drive thru

Pakopi1969, Kedai Kopi Berkonsepkan Food Truck Yang ‘Trendy’ Di Kuching. Kuching, ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan makanan, kini mempunyai satu lagi fenomena yang menarik perhatian warga setempat iaitu Pakopi1969. Kedai kopi ini bukan sahaja sebuah ‘food truck’, tetapi juga menawarkan perkhidmatan ‘drive-thru’.

Pakopi1969 memperkenalkan konsep yang cukup unik dan inovatif. Selain menjadi sebuah ‘food truck’, ia juga menawarkan perkhidmatan ‘drive-thru’.

image is not available
Pakopi1969, Kedai Kopi Berkonsepkan Food Truck Yang ‘Trendy’ Di Kuching. Kredit: Facebook

Konsep yang diperkenalkan oleh Pakopi ini sangat memudahkan pelanggan kerana membolehkan pelanggan yang tergesa-gesa atau yang ingin menikmati kopi tanpa perlu keluar dari kereta.

Selain itu, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Walaupun menawarkan kopi yang berkualiti tinggi, harga yang ditawarkan cukup mesra poket, menjadikannya pilihan yang baik untuk semua lapisan masyarakat.

image is not available

Antara menu yang disajikan di sini ialah 3 layer kopi, kopi cham, Mocha dan banyak lagi! Jangan lupa juga untuk mencuba kopi masin ais yang ditawarkan di sini!

Menariknya, harga yang dikenakan cukup mesra poket dimana semua harga yang ditawarkan di bawah bajet RM10!

image is not available

Lokasi: Lorong 3b2f, Taman Seng Goon, Kuching, Malaysia

Waktu Operasi: 0800 pagi hingga 0630 petang

Baca lagi artikel menarik: