“Paku, pisau…” – Lebih 10 ‘Bendasing’ Keluar Dari Badan, Aeril Zafrel Kongsi Pernah Disihir

Entertainment
10 Jun 2024 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon serta usahawan, Aeril Zafrel mendedahkan dia pernah menjadi mangsa sihir sehingga terpaksa berehat dari industri lakonan tanah air.

Kejadian misteri yang berlaku sekitar tahun 2010 itu berlaku selepas kematian bapanya dan perkara itu mendorong pelakon drama bersiri Cari Aku Di Syurga itu untuk berikhtiar mencari penawar.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkongsi terdapat lebih dari 10 bendasing dikeluarkan dari badannya dek kerana sihir itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

“Kehidupan aku sebelum apa aku jadi sekarang ini dan kenapa aku kurang berlakon selama ini adalah selepas ayah aku meninggal dunia.

Aku sakit, selepas maghrib aku akan sesak dada dan aku pergi berubat. Bila aku berubat, macam-macam benda yang keluar daripada badan aku.

Paling mengejutkan adalah semasa mendapatkan rawatan, paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir keluar lebih 10 barang yang tak pernah aku bayangkan benda ini boleh ada dalam badan aku,” katanya.

Menurut Kosmo!, suami kepada Wawa Zainal itu berkongsi pengalaman mistik tersebut dalam satu rancangan podcast dan Aeril berkata insiden itu secara tidak langsung menyuntik input ketika menjayakan naskhah lakonan bergenre mistik.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.