
Paling meriah di Malaysia – Pasha Ungu
Paling Happening Di Malaysia, Ungu Teruja ‘Belanja’ 12 Lagu Buat Lebih 30K Peminat Di Kuching. Akhirnya, rindu warga Kuching terhadap band ternama dari Indonesia, Ungu, terubat apabila mereka dijemput untuk menyertai persembahan dalam Konsert Rakyat sempena sambutan Hari Sarawak yang ke-60 tahun.
Kemuncak konsert tersebut semalam diakhiri oleh persembahan dari Ungu dengan menyaksikan mereka membawa 12 buah lagu buat peminatnya di Kuching.

Sanggup buat nyanyi extra demi hiburkan peminat di Kuching!
Difahamkan bahawa pada mulanya, mereka sepatutnya menyanyikan hanya 10 buah lagu untuk peminat pada malam itu. Namun, disebabkan oleh sambutan luar biasa dari warga Kuching, mereka telah memilih 12 buah lagu untuk dipersembahkan pada malam tersebut.
Menurut vokalis Ungu, konsert rakyat pada malam itu dikatakan sangat happening apabila Padang Merdeka, Kuching dibanjiri oleh lebih 30,000 peminat Ungu.

“Saya kira teman-teman Ungu pasti sepakat ya bahawa malam ini the very very biggest Ungu concert in Malaysia”
“Sepanjang Ungu concert di Malaysia, mungkin lebih dari sepuluh kali tetapi yang paling besar ada di Kuching Sarawak malam ini”
Terbaiklah warga Sarawak yang sanggup turun ke Kuching!
Antara lagu yang dinyanyikan buat peminanya di Kuching adalah kekasih gelapku, bila tiba, cinta dalam hati dan tercipta untukku.

Selain itu, konsert yang dinanti-nantikan seluruh warga Kuching itu turut menampilkan pelbagai artis tempatan terkemuka, termasuk penyanyi terkenal dari Sarawak sendiri serta artis jemputan dari Semenanjung Malaysia.
Antara artis-artis yang tampil ialah Dolla, Zee Avi, serta grup muzik Kugiran Masdo dari Semenanjung.


