“Paling Sakit, Bila Anak Lari Ke Rumah Mereka, Dihalau Ya..” – Abby Abadi Ada Sebab Bersuara Lepas 23 Tahun

LocalFamily & Parenting
12 Jul 2026 • 4:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon dan usahawan Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil membuat luahan panjang mengenai isu hak anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri untuk bersuara dan menegaskan perkara itu bukan ditujukan kepada anak-anak, sebaliknya kepada pihak yang sepatutnya menjaga mereka.

Abby Abadi dakwa ada hak anak yang masih tertangguh

Abby berkata dia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anaknya sejak mereka kecil. Malah, dia rela berkorban asalkan anak-anaknya terjaga dengan baik.

abby abadi

Abby turut memaklumkan bahawa dia tidak menceritakan semua perkara secara terbuka, sebaliknya hanya berkongsi sekadar yang perlu.

Katanya, luahan itu dibuat agar pihak berkenaan sedar dan berusaha untuk anak-anak. Dalam satu lagi hantaran, Abby menjelaskan dia bersuara selepas sekian lama kerana mahu memperjuangkan hak yang didakwanya masih belum selesai.

abby abadi

Abby turut berkata dia mahu anak-anaknya tidak terus diabaikan dan mendapat hak yang sepatutnya.

Menurut Abby, apabila dirinya bersuara, ia bukan kerana mahu mencipta cerita atau fitnah.

Sebaliknya, dia mendakwa ada perkara melibatkan hak anak-anak yang hanya berlaku selepas dia mula ‘menggegarkan’ isu tersebut.

abby abadi

Dalam luahan sama, Abby turut menyentuh mengenai nafkah dan hak selepas bercerai. Jelasnya, dia hanya mahu menuntut semula nafkah makan minum serta tempat tinggal.

Abby turut mendakwa dia mahu pihak berkenaan berlaku adil terhadap anak-anaknya yang sudah besar. Katanya, sebelum ini mereka masih baik, namun keadaan didakwa semakin jauh.

abby abadi

Dalam perkongsian lain, Abby turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa anak yang datang ke rumah pihak berkenaan pernah dihalau.

Katanya, perkara itu antara yang paling menyakitkan hati.

abby abadi

Menjawab persoalan mengapa baru sekarang dia membangkitkan isu tersebut, Abby menjelaskan perkara yang wajib tetap perlu diselesaikan.

abby abadi

Abby turut menegaskan, dia kini bangkit demi hak dirinya dan anak-anak selepas terlalu lama mengalah.

Pssttt! Hak anak-anak tetap perlu diberi perhatian kerana mereka tidak sepatutnya menjadi mangsa dalam sebarang konflik orang dewasa. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik melalui saluran yang betul demi kebaikan semua pihak, terutama anak-anak.

Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Paling Sakit, Bila Anak Lari Ke Rumah Mereka, Dihalau Ya..” – Abby Abadi Ada Sebab Bersuara Lepas 23 Tahun appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved