Pameran Udara Selangor kembali 2027, RM8 juta pacu industri aeroangkasa

LocalTechnology
13 Nov 2026 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pameran Udara Selangor kembali 2027, RM8 juta pacu industri aeroangkasa

SHAH ALAM, 13 NOV: Penganjuran Pameran Udara Selangor (SAS) akan kembali tahun depan sebagai acara dwi-tahunan dengan peruntukan RM8 juta bagi menjadikan Selangor sebagai tumpuan utama dalam bidang aeroangkasa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata SAS yang dilancarkan pada 2021 dan dilaksanakan setiap dua tahun berjaya menarik perhatian ramai pihak yang bergiat dalam industri aeroangkasa.

“Syarikat yang terlibat dalam aktiviti penerbangan perniagaan, penerbangan am serta teknologi dron memanfaatkan SAS sebagai pentas pasaran teknologi, meluaskan rangkaian serta mengenalpasti kepakaran baharu.

“Malah karnival kerjaya yang dianjurkan juga berjaya menawarkan 3,114 peluang pekerjaan kepada lulusan bidang aeroangkasa, terutamandalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 dengan tema 'Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni' di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Penganjuran SAS beralih kepada format tertutup mulai 2025 dengan memfokuskan pada industri penerbangan am dan perniagaan, kata EXCO Pelaburan Ng Sze Han.

Beliau dilapor berkata, pameran sebahagian daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2025 itu juga menumpukan bidang penyelenggaraan, pembaikan dan operasi.

Sebelum ini, SAS diadakan di SkyPark, Subang dengan konsep terbuka yang membolehkan pengunjung meneroka pelbagai model pesawat daripada jet peribadi hingga kepada helikopter dan kenderaan udara tanpa pemandu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved