Pandalela & Dhabitah Gagal Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024

7 Feb 2024 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan gandingannya, Nur Dhabitah Sabri gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas hanya berjaya mendapat kedudukan ke-12 bagi acara 10 meter (m) platform seirama di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tadi.

Pandelela dan Dhabitah hanya berjaya mengutip sebanyak 240.06 mata keseluruhan di acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Hamad, Qatar di mana gandingan dari China, Chen Yuxi dan Quan Hingchan telah mendapat tempat pertama dengan mata keseluruhan sebanyak 362.22.

image is not available

Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing disambar pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae-Jo Jin Min (320.70 mata) diikuti gandingan Great Britain, Toulson Lois-Spendolini Sirieix (299.34 mata).

Ahad lalu, Pandelela turut terlepas tiket ke Olimpik Paris 2024 selepas hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-29 untuk acara 10m platform individu dengan mata keseluruhan sebanyak 231.15.

Manakala Dhabitah pula mengalami kecederaan di lengan semasa hari pertama tiba di Doha yang sekaligus menjejaskan mutu terjunan dalam acara 10m platform seirama.

Namun begitu, Setiausaha Persekutuan Renang Malaysia (MS) Andy Low berkata, peluang sememangnya sudah tertutup rapat untuk Pandelela layak ke Olimpik Paris bagi acara 10m platform individu wanita namun bagi 10m platform seirama, Pandelela-Dhabitah masih memiliki harapan sangat tipis untuk ke temasya berkenaan.

Seandainya ada penerjun yang berada di kedudukan teratas sudah layak ke Olimpik menerusi kempen kelayakan sebelum ini dan kekosongan slot itu akan diberikan kepada penerjun di kedudukan lebih bawah di mana keputusannya hanya akan diketahui dalam masa seminggu lagi.

Terdahulu, dua penerjun lelaki negara, Ooi Tza Lian dan Muhammad Syafiq Puteh tersingkir di pusingan kelayakan 3m papan anjal individu lelaki selepas masing-masing hanya menduduki tempat ke-23 (352.10 mata) dan 45 (296.35 mata).

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.