
PANDORA Malaysia membuka semula dua butik utamanya di Pavilion Kuala Lumpur dan Suria KLCC, masing-masing pada 31 Julai dan 6 Ogos 2026.
Pembukaan semula kedua-dua butik ini memperkenalkan konsep runcit baharu PANDORA, EVOKE, yang menawarkan pengalaman membeli-belah lebih interaktif, moden dan diperibadikan.
Konsep EVOKE menampilkan palet warna merah jambu lembut, susun atur ruang terbuka serta ruang pameran yang direka bagi memberikan suasana lebih selesa kepada pelanggan untuk meneroka koleksi barang kemas PANDORA yang dihasilkan dengan kemasan tangan.
Majlis pembukaan semula turut diserikan dengan acara pemotongan reben, lawatan butik serta pelbagai aktiviti interaktif bersama wakil pusat beli-belah, media dan KOL.



Kini Boleh Ukir Barang Kemas Di Suria KLCC
Antara ciri baharu yang menarik perhatian di butik Suria KLCC ialah perkhidmatan ukiran barang kemas PANDORA, yang membolehkan pelanggan memperibadikan barangan terpilih dengan nama, inisial, tarikh istimewa atau mesej bermakna.


Dengan pengenalan perkhidmatan ini, Suria KLCC kini menjadi antara hanya tiga butik PANDORA di Lembah Klangyang menawarkan perkhidmatan ukiran, selain The Exchange TRX dan IOI City Mall.
Menurut Pengurus Besar PANDORA Malaysia, Christine Siew, pembukaan semula kedua-dua butik ini mencerminkan komitmen berterusan jenama tersebut untuk menawarkan pengalaman runcit yang lebih bermakna kepada pelanggan.
Melalui konsep EVOKE dan perkhidmatan seperti ukiran, PANDORA mahu menjadikan pengalaman membeli-belah pelanggan lebih mudah, selesa dan peribadi, di samping membantu mereka meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan.

Pembukaan semula butik di Pavilion Kuala Lumpur dan Suria KLCC ini turut menjadi satu lagi langkah dalam perkembangan pengalaman runcit PANDORA Malaysia, selari dengan usaha jenama itu untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara.






