Pandu cuai: Pemandu lori dikenakan bon berkelakuan baik

LocalCars
22 Aug 2024 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori berusia 52 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Trafik di sini pada Rabu atas kesalahan memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa, tahun lalu.

Majistret Marilyn Kelvin menetapkan RM2,000 atau sebulan penjara sebagai syarat bon berkelakuan baik serta seorang penjamin terhadap Petrus Anak Laman.

Mahkamah juga memerintahkan lesen memandu Petrus diendors dengan sabitan.

Petrus mengaku bersalah memandu lori Hino tanpa kecermatan dan perhatian sewajarnya pada 22 Ogos 2023, jam 6 petang, di jejambat Lido, Jalan Lintas di sini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Pertuduhan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) itu membawa hukuman denda antara RM5,000 dan RM10,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan, sebelum ini, memaklumkan mahkamah bahawa Petrus pada awalnya didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tetapi peguamnya menulis surat representasi kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) agar pertuduhan dikurangkan dan diterima.

Pihak pendakwaan juga memaklumkan mahkamah bahawa hukuman yang ditawarkan adalah bon berkelakuan baik kerana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan rundingan pengakuan.

Terdahulu, pihak pendakwaan semasa mengemukakan fakta kes, berkata pada 22 Ogos 2023, jam 6 petang, kemalangan berlaku di jejambat Lido, Jalan Lintas, melibatkan sebuah lori Hino dipandu Petrus, dan enam kenderaan lain.

Siasatan polis mendapati kemalangan berlaku ketika Petrus memandu lori itu bersama seorang konduktor dari arah Putatan menghala ke Kolombong di lorong tengah.

Ketika mereka menghampiri jejambat Lido dan dengan keadaan jalan yang sesak, sebuah Proton Saga di lorong kiri bergerak ke lorong tengah di hadapan trak Hino milik Petrus.

Proton Saga itu kemudian hilang kawalan dan terbabas semula ke lorong kiri, bertembung dengan Toyota Vios dan Proton Iriz.

Trak Hino milik Petrus terbabas ke hadapan dan merempuh bahagian belakang sebuah kereta Bezza.

Petrus didapati tidak menjaga jarak selamat dari kenderaan di hadapan, menyebabkan pembabitkan beberapa kenderaan dalam kemalangan itu dan menunjukkan bahawa Petrus memandu tanpa kecermatan dan perhatian sewajarnya, kata pihak pendakwaan.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Petrus, memaklumkan mahkamah bahawa surat representasi itu dikemukakan pada 1 Julai tahun ini.

Beliau berkata Petrus, warga Sarawak, bekerja sebagai pemandu lori, sudah berkahwin dengan tiga anak dan merupakan pencari nafkah tunggal untuk keluarganya.

Petrus takut dan trauma apabila terlibat dalam kes ini, kata Lim.

Ketika kejadian, Petrus dalam keadaan sedar, fokus dan peka dengan keadaan sekeliling jalan ketika memandu kenderaan itu, kata Lim sambil menambah kenderaan itu bukan miliknya tetapi berdaftar di bawah syarikat Tunggak Hijau Sdn Bhd.

Sekiranya dia menyedari keadaan kenderaan itu, dia tidak akan memandunya, kata Lim, sambil menambah Petrus memberikan kerjasama penuh kepada pegawai polis semasa dia ditangkap untuk kes itu dan dia adalah pesalah kali pertama.

Lim memohon bon berkelakuan baik tanpa sabitan direkodkan.

Pihak pendakwaan memohon agar sabitan direkodkan memandangkan undang-undang memperuntukkan sedemikian.

Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri dan pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohammad Khairul Nizam Mokhtar melakukan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.