
SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di hadapan pintu pagar sebuah kolej di Bandar Sri Putra, Bangi, Selangor, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.23 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, mangsa dilihat bersama rakannya ketika pulang dari sekolah dan dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhadapan masjid Bandar Sri Putra.
Sementara itu, memetik Buletin Utama, Ashrul Riezal memaklumkan mangsa cuba dibantu rakan namun tidak berjaya.
“Rakan mangsa kemudian memanggil kawan lain untuk membantu menyelamat, namun gagal sebelum orang ramai menghubungi 999,” katanya.
Sumber: Sinar Harian, Bernama, Buletin TV3





