Para Sukma: Acara pagi dianjak ke petang, malam jika jerebu

8 Sep 2026 • 1:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Para Sukma: Acara pagi dianjak ke petang, malam jika jerebu

SHAH ALAM – Jadual pertandingan Para Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 bakal dianjak ke sesi petang atau malam sekiranya jerebu menghalang acara berlangsung mengikut jadual asal.

Exco Belia Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd. Najwan Halimi berkata, penganjur tidak bercadang menambah tempoh temasya sekiranya berlaku penundaan, sebaliknya menyusun semula jadual bagi memastikan semua acara dapat dipertandingkan.

Katanya, acara yang tidak dapat berlangsung pada sebelah pagi akan dipindahkan ke sesi petang atau malam, termasuk dilanjutkan sehingga lewat malam jika perlu.

“Berkaitan kesan jerebu, mungkin ada perubahan dari segi masa jadual acara, namun setakat ini tiada acara yang dibatalkan.

“Kalau ada acara yang dibatalkan pada waktu pagi, kita akan cuba anjurkan acara itu pada waktu petang atau malam,” katanya selepas melawat venue acara badminton Para Sukma Selangor di Kompleks Sukan Negara di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut mendapatkan maklum balas harian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

“Kita juga telah minta atlet untuk pakai pelitup muka sekiranya berada di venue dan tidak berada di venue terlalu lama.

“Keselamatan dan kesihatan sentiasa menjadi keutamaan. Kita tidak mahu kesihatan atlet dan pegawai terjejas akibat jerebu,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan semua acara Para Sukma Selangor akan dibatalkan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200 berikutan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan atlet dan pegawai.

Keputusan itu antara langkah pencegahan yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Teknikal Para Sukma yang turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin.- KOSMO! ONLINE

The post Para Sukma: Acara pagi dianjak ke petang, malam jika jerebu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved