Paramount Property sempurnakan struktur utama projek kediaman Seiras bernilai RM266 juta di Pulau Pinang

22 Oct 2026 • 4:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Paramount Property sempurnakan struktur utama projek kediaman Seiras bernilai RM266 juta di Pulau Pinang Image from: Paramount Property sempurnakan struktur utama projek kediaman Seiras bernilai RM266 juta di Pulau Pinang liza22/10/2026 - 16:02 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Okt – Paramount Property, cabang pembangunan hartanah Paramount Corporation Bhd menyelesaikan kerja struktur utama projek kediaman Seiras, fasa kelima pembangunan bersepadu Utropolis Batu Kawan di Pulau Pinang.

 

Projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM266 juta itu menawarkan 411 unit kediaman dalam sebuah pangsapuri setinggi 43 tingkat.

 

Dilancarkan pada 2025, Seiras dijangka siap pada suku keempat 2027. Selepas penyempurnaan struktur utama, kerja pembinaan akan diteruskan dengan pemasangan kemasan seni bina, kerja dalaman, penyediaan kemudahan bersama serta kelengkapan perabot bagi unit kediaman yang ditawarkan lengkap berperabot.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property bagi wilayah utara, Wang Chong Hwa berkata pencapaian itu adalah satu lagi kemajuan seterusnya dalam pembangunan Utropolis Batu Kawan yang dibangunkan syarikat sejak 2016.

 

Konsep ‘triple-key’ untuk pelbagai keperluan kediaman

Seiras menawarkan unit berkeluasan kira-kira 1,033 kaki persegi dengan konfigurasi ‘dual-key’ dan ‘triple-key’ bagi memenuhi keperluan keluarga yang besar, kediaman bersama serta penyewaan.

 

Menurut syarikat itu, konsep ‘triple-key’ yang menyediakan tiga ruang dengan akses berasingan dalam satu unit merupakan yang pertama seumpamanya dalam pembangunan kediaman di Pulau Pinang.

 

Konsep berkenaan membolehkan penghuni menggunakan ruang kediaman mengikut keperluan masing-masing, termasuk untuk kegunaan keluarga atau pengaturan penyewaan. 

 

Utropolis Batu Kawan gabungkan kediaman dan komersial

Utropolis Batu Kawan dibangunkan di atas kawasan seluas 44.3 ekar dengan gabungan komponen kediaman, peruncitan, pejabat dan pendidikan, termasuk kampus UOW Malaysia KDU Penang University College.

 

Lokasi pembangunan itu kira-kira satu kilometer dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan berhampiran kemudahan peruncitan, pendidikan serta kesihatan.

 

Wang berkata Batu Kawan telah mengalami perubahan ketara sejak syarikat memulakan pembangunan Utropolis di kawasan itu kira-kira sedekad lalu, dengan penambahan kediaman, ruang komersial dan kemudahan secara berperingkat.

 

Beliau berkata Seiras merupakan sebahagian daripada kesinambungan pembangunan kawasan berkenaan bagi mewujudkan persekitaran bandar yang memenuhi keperluan mereka yang tinggal, bekerja dan menjalankan aktiviti harian di situ. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved