Projek terminal bas Jerteh di Terengganu bernilai RM17 juta capai kemajuan 30%, dijangka siap akhir 2027

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 3:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Projek terminal bas Jerteh di Terengganu bernilai RM17 juta capai kemajuan 30%, dijangka siap akhir 2027 Image from: Projek terminal bas Jerteh di Terengganu bernilai RM17 juta capai kemajuan 30%, dijangka siap akhir 2027 liza22/10/2026 - 15:10 Ilustrasi projek Terminal Bas Jerteh apabila siap kelak Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA TERENGGANU 22 Okt – Pembinaan terminal bas baharu bernilai kira-kira RM17 juta di Jerteh, Besut yang kini mencapai kemajuan lebih 30% bakal menjadi antara pemangkin kepada perkembangan ekonomi setempat, khususnya apabila perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mula beroperasi kelak.

 

Projek yang dijangka siap pada penghujung 2027 itu akan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam, sekali gus memudahkan pergerakan penduduk dan pengunjung ke utara Terengganu serta kawasan pulau peranginan di sekitarnya.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, terminal berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk bandar tersebut, malah turut memenuhi keperluan masyarakat sekitar Besut dan Setiu.

 

Perkembangan itu turut dikaitkan dengan pelaksanaan ECRL yang menurut Dr. Riduan berpotensi membawa lebih ramai pengunjung ke Jertih, sekali gus meningkatkan kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan.

 

“Kemasukan lebih ramai pengunjung akan membuka ruang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi, terutama melalui perniagaan kecil dan penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya, lapor Urus Setia Penerangan Darul Iman.

 

Bagaimanapun, manfaat ekonomi daripada pembangunan pengangkutan itu bergantung pada sejauh mana peluang berkenaan dapat dimanfaatkan oleh peniaga dan masyarakat setempat.

 

Dr. Riduan berkata, perkembangan sektor pengangkutan dan pelancongan perlu digunakan untuk mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya bagi golongan muda, supaya mereka turut mendapat manfaat daripada pembangunan di kawasan sendiri.

 

“Matlamat kita adalah untuk memastikan pembangunan yang dilaksanakan memberikan manfaat langsung kepada rakyat, termasuk membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak-anak muda,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved