
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan orang khususnya yang bekerja, pasti lebih senang memilih untuk membungkus atau makan di restoran. Selain kerana penat, tindakan sebegitu lebih mudah dan menjimatkan masa.
Namun, membeli makanan dari luar ini ada risikonya terutama sekali dari segi aspek kebersihan.
Kadangkala, ada individu yang tidak bernasib baik terjumpa bendasing dalam makanan mereka.
Ingat Suami Bergurau Jumpa Katak Dalam Tomyam Yang Dipesan
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila menemui katak dalam hidangan tomyam yang dipesan.
Kongsi wanita itu di Facebook Nik Aisah Aziz, dia trauma dan terkejut dengan penemuan haiwan kecil berwarna hitam hijau itu.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai makan yang dikunjungi bersama suaminya pada Sabtu (17 Mei) lalu.
Jelas wanita berkenaan, kehadiran katak itu disedari oleh suami yang pada mulanya menyangka ia adalah sayuran jenis cendawan kulat.
Dia yang merasakan suaminya hanya bergurau terkejut melihat haiwan berkenaan ketika menguis isi dalam tomyam itu.
“Aku ingatkan dia (suami) bergurau ada katak dalam mangkuk, sekali kaut memang ada katak. Trauma, rasa tak boleh nak makan nasi, kembang pipi lagi ini,” kongsinya.
Staf Mohon Maaf & Minta Pelanggan Tak Perlu Buat Bayaran
Tambah wanita itu lagi, dia sememangnya terkejut melihat keadaan sedemikian apatah lagi difahamkan mereka membuat pesanan yang banyak dek kerana lapar.
Malah, dia mendakwa pekerja sambil lewa dan mengambil masa yang lama untuk memohon maaf selepas dia memaklumkan insiden tersebut.
Namun, pekerja restoran akhirnya membuat permohonan maaf dan wanita itu juga tidak perlu membuat bayaran.
Kongsi wanita itu lagi, suaminya ada meminta dia untuk menikmati hidangan lain seperti perut bakar.
Pun begitu, dia memilih untuk tidak meneruskan makan di kedai tersebut malah mengajak suaminya untuk terus pulang ke rumah.
“Suami aku suruh ambil perut bakar, nanti dia buat lain. Ambil pun tak makan dah jadi macam ni.
“Staf datang minta maaf, dia bagitahu ‘tak tahu nak jadi begini’ dan tak kena bayar. Pergi dengan harapan, balik dengan perut kosong. Trauma wei,” tulisnya lagi.
Jelas wanita berkenaan, perkongsiannya itu bukanlah untuk menutup pintu rezeki kedai berkenaan.
Warganet Terkejut & Persoal Kehadiran Katak Dalam Tomyam
Perkongsian yang telah mendapat lebih 2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan meluahkan rasa geli apabila melihat katak dalam tomyam berkenaan.
Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana haiwan jenis amfibia itu boleh berada dalam hidangan berkenaan.
Namun ada yang berpendapat, kemungkinan ia masuk ke dalam menu tersebut selepas ianya dimasak memandangkan kulit haiwan itu tidak bertukar warna.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Tak Logiknya Ada Katak, Takkan Masa Nak Letak Tomyam Tu Tak Perasan?”

“Eee Pengotor”

“Tak Munasabah Kalau Katak Boleh Ada, Kalau Masuk Sekali, Dengan Kulit Katak Akan pecah Sebab Masak Panas-Panas”

“Takkan Kedai Tu Nak Letak Kot Atau Ada Yang Khianat, Tapi Apa-Apa Pun Bersyukur Allah Bagi Nampak Sebelum Makan”

“Tolong Bagitahu Kedai Mana, Bagi Hint Sikit, Naya Ke Orang Lain Kalau Kena”

Baca Artikel Berkaitan: “Takut Nak Beli” – Ramai Terkejut Lihat Pelanggan Beli Nasi Kerabu Di Bazar Ramadan Dapat ‘Lauk’ Ulat Sampah
Baca Artikel Berkaitan: Ulat Dalam Telur Masin, Premis Di Kedah Diarah Tutup Sementara
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geli, Pelanggan Jumpa Ulat Sampah Dalam Nasi Goreng [Video]
Source:

![Minta Kemas Meja Selepas Makan, Teguran Wanita Undang Perdebatan Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Termasuk Jalan Mati, Tular Rakaman CCTV Pencuri Kelisa Berjaya Dicekup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![“Ada Roh Ke Kat Depan?” – Viva Tiba-Tiba Tukar Lorong Sampai Kemalangan Bikin Ramai Geram [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
