Selepas 20 Tahun, Ahli Politik Indonesia Lawat Kedai Sate Di Kajang & Imbau Memori Kerja Part Time Di Malaysia [Video]

LocalPolitics
16 May 2025 • 5:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seseorang individu yang memilih untuk bekerja atau belajar di luar negara bukanlah suatu perkara yang mudah.

Sebaliknya ia adalah tindakan yang berani kerana mereka perlu mengadaptasi dengan budaya baharu selain jauh daripada keluarga.

Namun mereka yang mempunyai pengalaman seperti ini pastinya mempelajari banyak perkara dari segi pembangunan sesebuah negara, budaya dan banyak lagi.

Ketua Daerah di Indonesia datang semula lawat tempat kerja selepas 20 tahun

Baru-baru ini, seorang ahli politik dari Indonesia menjadi perhatian apabila kembali semula ke Malaysia selepas 20 tahun untuk melawat tempat kerja lamanya.

Menerusi video yang dikongsikan Thoriqul Haq di TikTok, kelihatan dia dan isteri sedang berjalan menuju ke sebuah medan selera yang terletak di Kajang, Selangor.

Jelas Thoriqul, dia pernah bekerja di salah satu kedai makan di medan selera itu.

Menurut Thoriqul, kebanyakan kedai di medan selera itu sememangnya menjual sate Kajang. Sebaik memasuki di dalam medan selera itu, lelaki berkenaan menunjukkan kedai hujung tempat dia bekerja iaitu Restoran Sate Emas Kajang Sdn Bhd.

Kelihatan dia begitu seronok apabila melihat kedai sate itu masih dibuka dan mengatakan sewaktu dia bekerja di restoran tersebut pemiliknya dikenali sebagai Haji Mahful.

Kerja pada tahun 2001 selama setahun

Jelas Thoriqul, dia bekerja di kedai sate berkenaan sekitar tahun 2001 selama setahun. Dalam video itu dia turut menunjukkan momen si isteri merasai sate ayam di kedai tersebut.

Bukan hanya itu, dia sempat berjumpa dengan pemilik kedai berkenaan untuk bertanya sama ada masih mengingatinya.

Pemilik kedai itu kemudian memaklumkan ketika Thoriqul bekerja yang menjaga kedai adalah ibunya.

Kerja part time di kedai sate ketika lanjut di Malaysia

Tambah Thoriqul dia bekerja di kedai sate itu pada waktu maghrib sehingga jam 12 malam semasa menjadi pelajar di Malaysia.

Sewaktu berkunjung Throriqul juga sempat bertemu dengan rakan yang masih bekerja di kedai makan itu dikenali sebagai Idris.

“Dulu kerja dekat sini tahun 2001. Haa ini namanya Idris, dulu bahagian bakar sate,” kata Thoriqul kepada rakan lama yang masih menginggatinya.

Malah dia turut mengatakan sate di kedai berkenaan masih sama seperti dahulu.

“Ceritanya, saya dulu waktu kuliah S2 (semester kedua) di Malaysia, pernah bekerja sebagai pelayan warung sate pada tahun 2001. Sekitar satu tahun, untuk membiayai kuliah. Nama warung Sate Emas yang pemiliknya pakcik Haji Mahful.

“Ternyata, warungnya masih ada, dan tidak berubah. Rasa sate juga masih sama seperti dahulu, manis.”

@cakthoriqofficial

CERITANYA, saya dulu waktu kuliah S2 di Malaysia, pernah bekerja sebagai pelayan warung sate pada tahun 2001, sekitar satu tahun, untuk biaya kiliah. Nama warungnya SATE EMAS KAJANG miliknya Pak Cik Haji Mahful. Ternyata, warungnya masih ada, dan tidak berubah, rasa satenya juga masih sama kayak dulu, gurih manis.

♬ suara asli – CAK THORIQ

Lelaki Indonesia merupakan ahli politik dan lanjut pelajaran di UM

Menerusi carian kami Thoriqul atau lebih dikenali sebagai Cak Thoriq merupakan seorang ahli politik di Indonesia serta merupakan graduan falsafah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaysia (UM).

Kunjungannya ke Malaysia juga difahamkan untuk urusan pelajaran falsafahnya.

@cakthoriqofficial

UJIAN AKHIR DISERTASI (Ph.D) Faculty of Languages and Linguistics UNIVERSITY OF MALAYA 8 Mei 2025 ALHAMDULILLAH, selama hampir lima tahun, saya studi Ph.D di University of Malaya akhirnya bisa diselesaikan. Banyak waktu yang tidak akan pernah terlupa, seringkali hingga dini hari untuk sekedar mengkoreksi titik dan koma, belum lagi yang terkait dengan penulisan teori. Lebih dari itu, saya memang berkeinginan sejak awal untuk menuntaskan studi linguistik yang linier sejak sarrjana – masters – hingga Ph.D. Dan ini tidak mudah. Di awal sempat mengulang seminar proposal disertasi, hingga kemarin bisa menyelesaikan hasil penelitian dengan hasil perbaikan minor atau nilai cumlaude TERIMA KASIH saya, yang tak terhingga khusus kepada Ibu yang selalu mendoakan, dan istri MUSFARINAH NURYATIN yang selalu mendampingi dengan penuh kesabaran dan ketangguhan hati. Terima kasih semua yang telah mendoakan sehingga ujian akhir disertasi yang berjudul FORENSIC LINGUISTIC STUDY OF HATE SPEECH LANGUAGE IN INDONESIA, dimudahkan dan dilancarkan, ALHAMDULILLAH. Sekali lagi terima kasih.

♬ suara asli – CAK THORIQ

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan Thoriqul seroang yang hebat kerana telah menjadi individu yang berjaya di Indonesia.

Malah ada yang mendoakan agar suatu hari nanti dia menjadi Presiden di tanah airnya.

“Hebat bapak ini, pelajar di Malaysia dan sekarang orang besar dan sukses di Indonesia. Aku sebagai orang Malaysia doakan bapak ini presiden Indonesia suatu hari nanti”

image is not available

“Video ini teringat denga pekerja saya dari Semarang bekerja di gerai saya selama 2 tahun belajar di UM..”

image is not available

“Bezakan orang yang bijak pandai, sopan dan berilmu. Datang kesini tak lupa walaupun sudah berjaya. Semoga terus berjaya”

image is not available