Parkir di kawasan larangan, enam treler ditunda MBSA

18 Sep 2026 • 11:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Parkir di kawasan larangan, enam treler ditunda MBSA

SHAH ALAM, 18 SEPT: Sebanyak enam treler ditunda Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Operasi Bersepadu Penundaan Kenderaan Berat di sekitar Jalan Persiaran Sepang, Seksyen 27 dan 28 di sini, kelmarin.

Operasi bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan pematuhan undang-undang serta membanteras isu parkir kenderaan berat di kawasan yang tidak dibenarkan.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook, kesemua treler terbabit ditunda ke Depoh Tunda MBSA di Seksyen 17 dan Seksyen 31.

"Operasi ini merupakan inisiatif pihak MBSA dalam memastikan pematuhan peraturan serta keselamatan dan kelancaran lalu lintas di sekitar kawasan terlibat.

"MBSA akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan menasihatkan pemilik serta pemandu kenderaan berat agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan serta tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan," jelas MBSA.

Dalam operasi berkenaan, JPJ turut mengeluarkan lapan notis kompaun, manakala polis mengeluarkan lima kompaun terhadap pelbagai kesalahan yang dikesan.

Operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MBSA Rozaidi Ahmat dan turut disertai Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 10 Wan Shaharuddin Shah Ismail.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved