Aksi Mat Rempit tular, dua ditahan, lapan motosikal disita

7 Sep 2026 • 7:27 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aksi Mat Rempit tular, dua ditahan, lapan motosikal disita

MELAKA: Tidak sampai beberapa jam selepas kegiatan sekumpulan Mat Rempit tular di media sosial, polis menahan dua penunggang motosikal serta menyita lapan motosikal dalam operasi membanteras kegiatan itu di sekitar Melaka Sentral, awal pagi semalam.

Sebanyak 97 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan Polis Daerah Melaka Tengah itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, dua penunggang motosikal berkenaan ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara melulu dan membahayakan.

Beliau berkata, tindakan itu susulan aduan awam berhubung kegiatan sekumpulan penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam aktiviti Mat Rempit di kawasan Melaka Sentral kira-kira pukul 3.10 pagi.

“Susulan aduan tersebut, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Melaka Tengah menyalurkan maklumat kepada pegawai bertugas dan mengarahkan elemen polis berhampiran menjalankan kawalan serta pemantauan di lokasi.

“Dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar pukul 3 pagi, polis membuat dua tangkapan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Halim berkata, selain tangkapan, polis turut menyita lapan motosikal sepanjang operasi di sekitar daerah Melaka Tengah.

Menurutnya, anggota polis pada masa sama turut terpaksa mengawal lalu lintas susulan satu kemalangan maut yang berlaku di Lebuh AMJ, Semabok, kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 97 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi ber­kenaan,” katanya. – UTUSAN

The post Aksi Mat Rempit tular, dua ditahan, lapan motosikal disita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved