Parlimen adakan solat Jumaat julung kali sempena Belanjawan 2027

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Parlimen adakan solat Jumaat julung kali sempena Belanjawan 2027
Zulkifli. Foto: Bernama

SHAH ALAM – Buat julung kalinya, solat Jumaat akan diadakan di Parlimen sempena Hari Pembentangan Belanjawan 2027 bagi memudahkan urusan Ahli Parlimen beragama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, langkah berkenaan membolehkan Ahli Yang Berhormat menunaikan kewajipan tersebut tanpa perlu meninggalkan kawasan Parlimen.

“Bagi memudahkan pergerakan Ahli Yang Berhormat, kita akan adakan solat Jumaat sempena Hari Pembentangan Belanjawan 2027.

“Saya menyarankan kepada Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat di Parlimen,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, pengisian keagamaan turut disediakan sepanjang persidangan Parlimen menerusi program Kuliah Tanwir Madani.

Menurutnya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menganjurkan kuliah berkenaan pada setiap Khamis, bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

“Program ini akan diadakan setiap Khamis bermula 12 tengah hari sehingga jam 2 petang di Surau Blok Pentadbiran dan Ahli Parlimen.

“Oleh itu, kepada yang berkelapangan bolehlah hadir mendengar kuliah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved