PARLIMEN: MoF semak cadangan tambah baik SST pusat jagaan warga emas

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 10:49 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PARLIMEN: MoF semak cadangan tambah baik SST pusat jagaan warga emas

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang membuat semakan terhadap cadangan penambahbaikan layanan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan jagaan warga emas.

MoF dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan, penambahbaikan itu akan mengambil kira jenis dan ciri perkhidmatan yang disediakan, termasuk perkhidmatan jagaan asas serta perkhidmatan bersifat premium, supaya layanan cukai dapat dilaksanakan secara lebih bersasar.

Katanya, perkhidmatan jagaan warga emas ketika ini tertakluk kepada SST bawah Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, dengan nilai ambang pendaftaran sebanyak RM500,000 yang berkuat kuasa 1 September 2018.

“Kerajaan mengambil maklum kebimbangan ini memandangkan keperluan terhadap perkhidmatan jagaan semakin meningkat selaras pertambahan bilangan warga emas di Malaysia bawah situasi negara menua.

“Kerajaan komited menambah baik layanan SST ke atas perkhidmatan jagaan warga emas, dengan mengambil kira keperluan golongan rentan serta kemampanan hasil kerajaan,” katanya.

MoF menjawab soalan Datuk Shahelmey Yahya (BN-Putatan) tentang sama ada pengecualian SST boleh dilaksanakan kepada pusat atau rumah jagaan warga emas memandangkan mereka tergolong dalam kategori golongan rentan.

Katanya lagi, cadangan penambahbaikan terbabit akan diumumkan sebaik sahaja dimuktamadkan dengan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan serta aspek pelaksanaan yang berkaitan. – UTUSAN

The post PARLIMEN: MoF semak cadangan tambah baik SST pusat jagaan warga emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved