Teliti keberkesanan TVET dalam kurikulum sekolah rendah

8 Oct 2026 • 3:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teliti keberkesanan TVET dalam kurikulum sekolah rendah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti keberkesanan serta kesediaan pelaksanaan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) di sekolah rendah.

Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, KPM memaklumkan kandungan kurikulum yang dirangka adalah mengikut tahap perkembangan murid dan bukan bertujuan melatih murid untuk pekerjaan terlalu awal.

“Sebaliknya, kandungan tersebut membina asas pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui aktiviti teknologi, reka bentuk, penghasilan produk, penyelesaian masalah, kreativiti, pemikiran komputasional serta amalan kerja yang selamat,” menurutnya.

KPM menjawab pertanyaan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai sama ada kajian keberkesanan dan kesediaan telah dilaksanakan berhubung pelaksanaan TVET di sekolah rendah mulai sesi persekolahan 2027, termasuk kandungan kurikulum, kompetensi guru, kemudahan serta impak terhadap perkembangan murid.

Menurut kementerian itu, pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan pengalaman sebenar membolehkan murid meneroka masalah mudah, menjana idea, mereka bentuk, menghasilkan, menguji dan menambah baik hasil kerja.

“Pendekatan ini juga menyokong pembentukan kompetensi murid yang dihasratkan dalam KP2027, iaitu perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat,” menurutnya.

Bagi memastikan kesiapsiagaan guru, KPM menyediakan dokumen kurikulum yang jelas, bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP), modul bimbingan guru serta program penataran terancang secara bersemuka dan e-pembelajaran. – Bernama

The post Teliti keberkesanan TVET dalam kurikulum sekolah rendah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved