Kerajaan teruskan SST, serap elemen GST ke dalam sistem sedia ada - Parlimen diberitahu

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 10:55 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan teruskan SST, serap elemen GST ke dalam sistem sedia ada - Parlimen diberitahu Image from: Kerajaan teruskan SST, serap elemen GST ke dalam sistem sedia ada - Parlimen diberitahu hamden07/10/2026 - 10:55 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan menyerap elemen-elemen yang baik daripada sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke dalam sistem sedia ada itu.

 

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, langkah itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri pada 18 Ogos lalu bahawa kerajaan akan mengambil elemen GST yang sesuai, khususnya bagi mengelakkan kesan berganda atau cascading dalam sistem percukaian.

 

"Elemen yang tidak ada berlaku cascading atau kesan berganda dalam sistem percukaian itu akan dimasukkan ke dalam sistem sedia ada," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Parlimen.

 

Menurut beliau, kerajaan memilih untuk meneruskan SST kerana sistem tersebut lebih mudah difahami selain mempunyai sejarah pelaksanaan melebihi 50 tahun.

 

Katanya, walaupun terdapat cadangan supaya GST diperkenalkan semula kerana sistem itu digunakan oleh kebanyakan negara, pelaksanaannya memerlukan kira-kira 480,000 syarikat bertindak sebagai ejen pemungut cukai berbanding hanya 80,000 syarikat di bawah SST.

 

"Apa yang kita ingin wujudkan adalah satu sistem di mana kita tidak ganggu terlalu ramai pihak dan GST ada elemen direct pass through kepada pengguna," katanya.

 

Chin Tong berkata, pendekatan kerajaan adalah untuk menambah baik sistem SST dengan mengambil elemen yang sesuai daripada GST tanpa perlu mengubah keseluruhan sistem percukaian sedia ada. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved