Kota Kinabalu: Sebuah parti baharu Parti Gemilang Anak Sabah (GAS) akan bertanding di 55 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang dengan harapan membentuk Kerajaan Negeri baharu.
Presidennya Dato’ Jismit Japong berkata GAS tidak akan membentuk sebarang gabungan dalam usaha mendapatkan mandat jelas untuk menubuhkan kerajaan satu parti dengan beliau sebagai Ketua Menteri.
Katanya, mereka bergantung pada agenda reformasinya untuk meyakinkan pengundi bahawa dasar negeri memerlukan hala tuju baharu kerana dasar sedia ada gagal memberi manfaat sebenar kepada rakyat.
“Dalam mesyuarat kami, Majlis Tertinggi parti sebulat suara bersetuju untuk bertanding di 55 kerusi kerana jika kami dapat menang sekurang-kurangnya 40 kerusi, maka kami mampu membentuk Kerajaan Negeri baharu tanpa perlu bergantung kepada gabungan.
“Saya boleh menjadi Ketua Menteri seterusnya untuk melaksanakan reformasi parti demi masa depan Sabah dan rakyat.
“Tetapi dalam politik, kita mungkin meramalkan sesuatu hari ini dan esok ia berubah. Jika kita tidak dapat membentuk kerajaan tunggal, maka kita akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya.
Jismit berkata, parti bersedia untuk bertanding di semua 73 kerusi sekiranya ada permintaan kukuh daripada kumpulan etnik lain yang percaya kepada perjuangan GAS dan terdapat calon berpotensi untuk diketengahkan.
“Kita tidak akan hantar pejuang kita untuk bunuh diri. Walaupun kita tidak merancang untuk bertanding besar-besaran di kawasan majoriti Cina, kita akan lakukannya jika ada permintaan daripada komuniti itu,” katanya.
Jismit mendakwa mempunyai lebih tiga dekad pengalaman politik dalam Umno, Star Sabah dan Warisan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agung khas, baru-baru ini. Katanya lagi, parti mungkin menggunakan formula “40-30-30” dalam pemilihan calon, merangkumi 40 peratus pemimpin veteran, 30 peratus wanita dan 30 peratus belia termasuk wanita muda, bagi mewujudkan kumpulan pemimpin pelapis yang mampan untuk membawa Sabah ke arah kecemerlangan.
“Setakat ini, kita boleh sahkan mempunyai kira-kira 28 calon. Pemilihan calon untuk kerusi selebihnya akan dibuat secara tender terbuka, kecuali di kawasan tertentu yang saya sebagai presiden parti dan beberapa pemimpin kanan lain akan bertanding.
“Di bawah proses tender terbuka ini, orang awam dibenarkan memohon dan membuktikan kelayakan mereka untuk bertanding di kerusi berkenaan,” katanya sambil menambah, beliau yang pasti akan bertanding di Klias kerana dilahirkan di situ.
Parti tidak akan meletakkan calon di beberapa kerusi “panas” seperti yang disandang Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal di Senallang, Semporna, kecuali terdapat calon tempatan yang kuat dan sehaluan dengan perjuangan GAS.
Katanya, parti itu mempunyai calon untuk menentang kerusi Ketua Menteri di Sulaman dan kerusi Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Lamag.
“GAS adalah parti baharu yang ditubuhkan pada 2024 dengan misi menawarkan perjuangan politik baharu demi masa depan Sabah, selaras dengan slogan dan moto kami – ‘Menuju Perubahan Kepimpinan di Sabah’.”Jismit berkata, jika GAS membentuk Kerajaan Negeri baharu, mereka akan menyediakan pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak di Sabah khususnya di sekolah rendah dan menengah, supaya ibu bapa terutama kumpulan B40 tidak perlu membayar yuran sekolah dan kos berkaitan.
“Kami juga bercadang memperuntukkan RM1 juta di setiap kerusi Parlimen di Sabah agar semua keperluan pendidikan pelajar dapat ditangani.
“Bagi anak-anak kita yang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, kami akan pastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh menyumbangkan sebahagian peruntukan untuk menaja ‘Anak Sabah’ di universiti tempatan dan luar negara,” katanya.
Jismit berkata parti itu juga berhasrat menuntut harga bahan api ditetapkan pada RM1 seliter bagi diesel dan petrol khususnya untuk kegunaan domestik dan pemilik kereta persendirian di negeri ini kerana Sabah merupakan antara pengeluar minyak terbesar di negara ini.
Manifesto parti akan diumumkan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.
Menjawab satu soalan, beliau berkata sebarang kerjasama dengan parti tempatan lain bagi membentuk gabungan hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan PRN17 diumumkan.