Pas belum bincang kerjasama PRU16 di negeri - Idris

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pas belum bincang kerjasama PRU16 di negeri - Idris
Idris (tengah) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Kawasan Tumpat di Kampung Sedar pada Jumaat.

TUMPAT - Pas belum mengadakan sebarang perbincangan dengan parti lain di mana-mana negeri lain berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, kata Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Beau berkata, sebarang keputusan berkaitan kerjasama pilihan raya tidak dibuat di peringkat negeri, sebaliknya menjadi urusan kepimpinan parti di peringkat pusat.

“Bukan negeri yang akan buat, Pusat yang akan buat. Kita tak bincang lagi pun berkait negeri lain.

“Tak bincang, jadi tak boleh nak komen,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Kawasan Tumpat di Kampung Sedar di sini pada Jumaat.

Idris berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO Perlis yang menyatakan kesediaan untuk bertanding secara solo di semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang.

Pendirian itu sekali gus memberi gambaran UMNO Perlis bersedia menghadapi pilihan raya tanpa bergantung kepada rundingan pembahagian kerusi dengan parti lain.

Idris bagaimanapun menegaskan, sebarang perkembangan berkaitan kerjasama politik perlu dilihat berdasarkan keputusan di peringkat pusat dan bukan pendirian yang dibuat oleh mana-mana negeri.

Pada pilihan raya umum akan datang, tiga kerusi Parlimen di Perlis ialah Padang Besar, Kangar dan Arau manakala negeri itu mempunyai 15 kerusi DUN.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved