Pas-Bersatu: Pas beri bayangan tiada lagi ruang berdamai

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi kenyataan mengenai hubungan Pas dan Bersatu

Pas melihat hubungan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin sukar untuk dipulihkan selepas parti itu memilih bertanding menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu turut dipengaruhi kenyataan pemimpin Bersatu yang memberi gambaran parti berkenaan bersedia menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN Melaka.

Memetik laporan Utusan, beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan masih wujud ruang untuk Pas berdamai dan meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu.

“Ya lah, pada dasarnya dia (Bersatu) lawan kita pada PRN Negeri Sembilan. Dan ada kenyataan nak ikut, bersama dengan PH,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perkembangan tersebut menjadi antara perkara yang dilihat dalam menilai kedudukan hubungan antara kedua-dua parti.

Baca juga:

Sebelum ini, pada 8 Jun lalu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas memutuskan untuk menamatkan hubungan kerjasama politik dengan Bersatu.

Keputusan itu dibuat selepas Pas meneliti kedudukan serta hala tuju kerjasama politik kedua-dua parti berdasarkan laporan, kajian dan penilaian terhadap perkembangan semasa.

Dalam PRN Negeri Sembilan yang berlangsung pada 1 Ogos lalu, Bersatu memilih untuk menggunakan lambangnya sendiri selepas mendakwa tidak dilibatkan dalam perbincangan berkaitan pembahagian kerusi dalam PN.

The post Pas-Bersatu: Pas beri bayangan tiada lagi ruang berdamai appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved