
MARANG: Pas yang menerajui Perikatan Nasional (PN) menganggap ruang damai dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah tertutup susulan tindakan parti berkenaan yang bertanding melawan gabungan tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, selain itu pemimpin Bersatu mengeluarkan kenyataan terbuka sedia bekerjasama dengan PH menjelang PRN Melaka.
“Ya lah, pada dasarnya dia (Bersatu) lawan kita pada PRN Negeri Sembilan. Dan ada kenyataan nak ikut, bersama dengan PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu ditanya sama ada ruang damai dengan Bersatu sudah tertutup atau sebaliknya. – UTUSAN
The post Ruang damai dengan Bersatu sudah tertutup – Pas appeared first on Utusan Malaysia.






