PAS buat keputusan besar, putus hubungan politik dengan BERSATU

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 12:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas meneliti kedudukan serta hala tuju hubungan antara kedua-dua parti tersebut.

Keputusan dipersetujui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS

Menerusi kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, beliau memaklumkan keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada Isnin.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut; memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah.
“Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa; menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU,” jelasnya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, mesyuarat itu turut bersetuju untuk meneroka persefahaman politik serta kerjasama pilihan raya yang baharu demi memperkukuh agenda penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Selain itu, PAS juga menyatakan kesediaan menerima hasrat tokoh akademik, profesional, pemimpin politik serta aktivis masyarakat yang ingin menyertai parti tersebut.

Image from: PAS buat keputusan besar, putus hubungan politik dengan BERSATU

Terdahulu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan Abdul Hadi berlangsung hampir tiga jam bermula pukul 9 malam.

Antara pimpinan yang hadir termasuk Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved