Pas tuntut kerajaan beri penjelasan kes pengampunan Najib

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 2:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pas tuntut kerajaan beri penjelasan kes pengampunan Najib

PETALING JAYA– Pas menuntut kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Jumaat lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu merujuk kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) bertarikh 11 September 2026 mengenai mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut beliau, kenyataan tersebut memaklumkan Seri Paduka berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan lain yang akan diadakan kelak.

“Pas beranggapan penangguhan permohonan Datuk Seri Mohd Najib di hadapan Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan terdapat arahan dan atau bantahan daripada mana-mana pihak.

“Ini termasuk dalam kalangan ahli Lembaga ataupun mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Takiyuddin berkata, kerajaan perlu menjelaskan perkara berkenaan kepada umum dengan segera bagi mengelakkan persoalan serta spekulasi berhubung keputusan penangguhan tersebut.

“Pas menuntut pihak kerajaan dengan segera menjelaskan perkara ini kepada umum kerana ia adalah suatu isu berkepentingan awam (public interest) yang tidak wajar dihalang daripada pengetahuan rakyat jelata,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Pas tuntut kerajaan beri penjelasan kes pengampunan Najib appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved