
PAS menuntut kerajaan memberikan penjelasan berhubung penangguhan permohonan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dirujuk susulan kenyataan media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) bertarikh 11 September 2026.
Menurutnya, kenyataan berkenaan memaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah diadakan pada tarikh sama.
Takiyuddin berkata, kenyataan BHEUU turut memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan lain yang akan diadakan kelak.
Baca juga:
- PAS tuntut penjelasan penangguhan permohonan pengampunan Najib
Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan anak mendiang jururawat Debra
‘Pintu helikopter BO-105 memang boleh ditanggalkan’ – Isteri Kapten Zainol Afiq
PAS berpandangan bahawa penangguhan permohonan berkenaan tidak berlaku secara sendirinya, sebaliknya mungkin mempunyai kaitan dengan arahan dan atau bantahan daripada mana-mana pihak.
Katanya, perkara itu boleh melibatkan ahli-ahli Lembaga Pengampunan ataupun mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan.
“Justeru PAS menuntut pihak kerajaan dengan segera menjelaskan perkara ini kepada umum kerana ia adalah suatu isu berkepentingan awam (public interest) yang tidak wajar dihalang daripada pengetahuan rakyat jelata,” katanya dalam kenyataan.
The post PAS tuntut penjelasan penangguhan permohonan pengampunan Najib appeared first on The Reporter.






