Penangguhan Kes Pengampunan Najib Razak Perlukan Penjelasan - Takiyuddin Hassan

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 5:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penangguhan Kes Pengampunan Najib Razak Perlukan Penjelasan - Takiyuddin Hassan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta kerajaan memberikan penjelasan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini, perkara itu membabitkan kepentingan awam dan wajar diberikan penjelasan segera.

"PAS merujuk kepada kenyataan media dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan

"Perdana Menteri (BHEUU) bertarikh 11 September 2026 berhubung dengan penjalanan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah diadakan pada 11 September 2026 yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim.

Baca juga:

"Kenyataan tersebut turut menyatakan KDYMM SPB juga berkenan supaya permohonan pengampunan Dato’ Sri Mohd Najib, mantan Perdana Menteri Malaysia, ditangguhkan ke suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan lain yang akan diadakan kelak.

"PAS beranggapan penangguhan permohonan Dato’ Sri Mohd Najib di hadapan Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut tidak akan berlaku secara sendirinya melainkan terdapat arahan dan/atau bantahan daripada mana-mana pihak sama ada dari kalangan ahli-ahli Lembaga ataupun dari mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan.

"Justeru PAS menuntut pihak kerajaan dengan segera menjelaskan perkara ini kepada umum kerana ia adalah suatu isu berkepentingan awam (public interest) yang tidak wajar dihalang dari pengetahuan rakyat jelata," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved