Pasang AES Di Menora Untuk Kurangkan Kemalangan

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar.

Langkah itu diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di kawasan terbabit.

Bercakap mengenai perkara itu, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan penguatkuasaan itu juga bagi memastikan pengguna mematuhi kadar had laju pada lokasi kerap berlaku kemalangan.

image is not available

"Sebelum pelaksanaannya (kamera AES) di kedua-dua arah selepas Terowong Menora, kajian telah dilakukan oleh pihak dan agensi berkaitan termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan telah diputuskan had laju paling sesuai ialah 80 kilometer sejam (km/j) di lokasi panas terbabit.

"Had laju itu adalah had selamat bagi mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya khususnya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju," katanya.

image is not available

Mohammad Nizar turut menolak persepsi sesetengah pihak bahawa penguatkuasaan kamera AES berhampiran Terowong Menora itu hanya untuk menambah pendapatan kerajaan.

"Kita mahu kurangkan had laju kenderaan berat khususnya kerana tidak mahu akibat tidak dihadkan kelajuan maka berlaku kemalangan, jadi apabila had laju kenderaan kawasan itu dikurangkan, maka risiko itu dapat dielakkan," tambahnya.