Pasang Bendera Terbalik: MCA Perak Ambil Tanggungjawab Sepenuhnya, Kakitangan Terlibat Letak Jawatan Serta-Merta

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pasang Bendera Terbalik: MCA Perak Ambil Tanggungjawab Sepenuhnya, Kakitangan Terlibat Letak Jawatan Serta-Merta

MCA Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Perak yang terbalik di ibu pejabatnya.

Dalam satu kenyataan di Facebook, MCA Perak memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung isu itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pekerja yang ditugaskan memasang bendera tersebut telah meletakkan jawatan serta-merta.

Pasang bendera terbalik

"MCA Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan memandang serius insiden ini.

"Kesilapan yang tidak disengajakan itu telah diperbetulkan segera manakala pihak yang terlibat melakukan kesilapan tersebut telah meletakkan jawatan serta-merta.

"Kejadian berlaku pada pagi tadi apabila seorang kakitangan Ibu Pejabat MCA Negeri Perak yang telah berusia ditugaskan memasang dan memacakkan Jalur Gemilang serta bendera Negeri Perak sempena meraikan Bulan Kemerdekaan.

"MCA Perak menegaskan bahawa ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan tiada niat sedikit pun untuk menghina Jalur Gemilang dan bendera Negeri Perak," katanya.

Menurutnya, kedua-dua bendera berkenaan juga telah diturunkan serta-merta sebaik sahaja kesilapan disedari dan dikibarkan semula dengan betul.

Baca juga:

Parti politik itu juga mengesahkan bahawa pegawai polis dari Balai Polis Ipoh telah mengunjungi ibu pejabatnya pada jam 1 petang.

Pegawai tersebut menjalankan siasatan dan merakam percakapan kakitangan yang terlibat serta pegawai pentadbiran ibu pejabat MCA Perak itu.

"MCA Perak telah dan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Kakitangan terbabit melahirkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan telah secara sukarela menawarkan diri untuk meletak jawatan.

"Ibu Pejabat MCA Negeri Perak menerimanya atas dasar menghormati keputusan peribadi beliau.

"Beliau telah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama bertahun-tahun. Kami akan menguruskan hal-hal berkaitan beliau berhubung perkara ini dengan sewajarnya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved