Kakitangan MCA Perak pasang bendera terbalik letak jawatan

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kakitangan MCA Perak pasang bendera terbalik letak jawatan

IPOH: Kakitangan MCA Perak yang didakwa memasang Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak secara terbalik hingga tular di media sosial telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dengan serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan pemasangan Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak yang dikibarkan secara terbalik.

“Kami memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kejadian berkenaan. MCA Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan memandang serius insiden ini.

“Kesilapan yang tidak disengajakan itu telah diperbetulkan segera manakala pihak yang terlibat melakukan kesilapan tersebut secara sukarela menawarkan diri untuk meletakkan jawatan serta-merta,” katanya di sini hari ini.

Hang soon memberitahu, kejadian berlaku pagi tadi apabila seorang kakitangan Ibu Pejabat MCA Negeri Perak yang berusia ditugaskan memasang Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak sempena Hari Kebangsaan 2026.

Katanya, kejadian itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan tiada niat sedikit pun untuk menghina Jalur Gemilang mahupun bendera negeri Perak.

“Sebaik sahaja kesilapan itu disedari, kedua-dua bendera berkenaan telah diturunkan serta-merta dan dikibarkan semula dengan betul,” katanya.

Beliau berkata, MCA Perak telah memberikan kerjasama kepada pihak polis setelah dikunjungi pegawai Balai Polis Ipoh sekitar pukul 1 petang tadi bagi menjalankan siasatan dan merakam percakapan kakitangan terbabit serta pegawai pentadbiran ibu pejabat. –UTUSAN

The post Kakitangan MCA Perak pasang bendera terbalik letak jawatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved