Isu bendera terbalik: MCA Perak akui kesilapan, kakitangan terlibat letak jawatan

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 3:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu bendera terbalik: MCA Perak akui kesilapan, kakitangan terlibat letak jawatan

IPOH – MCA Perak memohon ampun kepada Sultan Perak dan rakyat negara ini ekoran isu pemasangan Jalur Gemilang dan bendera negeri secara terbalik di ibu pejabatnya, di sini sebagaimana yang tular, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, mereka mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan memandang serius insiden itu.

Beliau berkata, kesilapan yang tidak disengajakan itu telah diperbetulkan segera, manakala pihak yang terlibat melakukan kesilapan tersebut telah meletakkan jawatan, serta-merta.

“Kejadian berlaku pada pagi tadi apabila seorang kakitangan Ibu Pejabat MCA Negeri Perak yang telah berusia ditugaskan memasang dan memacakkan Jalur Gemilang serta bendera Negeri Perak sempena meraikan Bulan Kemerdekaan.

“MCA Perak menegaskan bahawa ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan tiada niat sedikitpun untuk menghina Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak,” katanya di sini, hari ini.

Hang Soon berkata, sebaik sahaja kesilapan itu disedari, kedua-dua bendera berkenaan telah diturunkan serta-merta dan dikibarkan semula dengan betul.

Dalam masa sama, MCA Perak mengesahkan bahawa mereka telah dikunjungi pegawai polis dari Balai Polis Ipoh kira-kira pukul 1 petang tadi untuk menjalankan siasatan dan merakam percakapan kakitangan terbabit serta pegawai pentadbiran ibu pejabat.

“MCA Perak telah dan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

“Kakitangan terbabit melahirkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan telah secara sukarela menawarkan diri untuk meletak jawatan,” katanya.

Hang Soon berkata, Ibu Pejabat MCA Negeri Perak menerimanya atas dasar menghormati keputusan peribadi kakitangan itu.

“Dia telah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama bertahun-tahun. Kami akan menguruskan hal-hal berkaitannya berhubung perkara ini dengan sewajarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Isu bendera terbalik: MCA Perak akui kesilapan, kakitangan terlibat letak jawatan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved