
KOTA MARUDU: Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sepasang lelaki dan wanita, dipercayai suami isteri, sakan mengambil pelbagai jenis barangan keperluan harian disyaki dicuri di sebuah kedai serbaneka di Pekan Kota Marudu, dekat sini, pada Rabu.
Rakaman berdurasi 5.23 minit yang tular di laman sosial tersebut memaparkan wajah kedua-dua suspek, dianggarkan berumur lingkungan 40an, bekerjasama mengambil dan menyembunyikan barangan di celah kelangkang dan bahagian dada suspek wanita terbabit sebelum beredar keluar.
AdvertisementKetua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, mengatakan kes masih dalam siasatan polis.



