Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban

LocalSales & Promo
4 May 2026 • 1:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban
Wan Norliana
Image from: Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban
Saarani (kiri) ketika pelancaran Pasar Sejahtera Rakyat Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian di sini pada Isnin.
Image from: Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban
Badrul Syam
Image from: Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban
Azlan Noor
Image from: Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban
Amirul Hisyam
Image from: Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan sempena pelancaran Pasar Sejahtera Rakyat Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian di sini pada Isnin.
Image from: Pasar Sejahtera Rakyat Perak ringankan beban

PARIT BUNTAR – Inisiatif Pasar Sejahtera Rakyat Perak yang diperkenal kerajaan negeri dilihat mampu membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Tinjauan Sinar Harian selepas pelancarannya yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian di sini pada Isnin mendapati orang ramai mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran.

**media[3510064]**

Seorang pengunjung, Wan Norliana Mior Ahmad Sabri, 35, berkata, program tersebut memberi penjimatan ketara kepada isi rumah lebih-lebih lagi dalam keadaan harga barangan yang semakin meningkat.

Menurut suri rumah itu, harga barangan yang dijual sangat murah yang mana seekor ayam dan sekilogram daging dijual pada harga RM30 selain sayur-sayuran pada harga RM5 hingga RM10 sebungkus.

"Saya dapat tahu tentang jualan ini melalui media sosial. Bila datang memang sangat murah dan menjimatkan.

"Saya harap sekurang-kurangnya sebulan sekali boleh diadakan jualan murah seperti ini,” katanya yang tinggal Taman Kerian Indah.

**media[3510062]**

Seorang lagi pengunjung, Badrul Syam Dali, 52, berkata, inisiatif tersebut sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan harian dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

“Dengan harga barang yang semakin mahal, jualan murah ini sangat membantu.

"Kalau boleh, buatlah sekerap mungkin, kalau setiap minggu lagi bagus,” katanya yang bekerja sendiri.

**media[3510063]**

Bagi pesara, Azlan Noor Sabran, 66, dari Bagan Serai, program itu turut memberi manfaat kepada golongan warga emas.

“Harga berpatutan dan memang membantu meringankan beban rakyat. Saya tahu program ini melalui Facebook,” katanya.

**media[3510065]**

Sementara itu, usahawan tempatan, Amirul Hisyam Abdullah, 57, berkata, penyertaan dalam program tersebut membuka peluang kepada peniaga kecil meningkatkan jualan serta memperluas pasaran.

Menurut usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu, beliau menawarkan pelbagai produk berasaskan durian belanda termasuk jus, daun, minyak dan balsem.

"Program seperti ini memang banyak membantu usahawan seperti kami, terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.

"Ia memberi peluang tambah pendapatan dan memperkenalkan produk kepada pelanggan baharu,” katanya.

**media[3510061]**

Amirul Hisyam yang telah hampir 10 tahun berniaga berkata, jualan bulanan boleh mencecah hingga RM8,000 bergantung kepada jumlah program atau acara yang disertai.

Katanya, selain jualan secara fizikal, produk turut dipasarkan secara dalam talian melalui platform seperti Shopee dan Facebook.

Secara keseluruhannya, program Pasar Sejahtera Rakyat Perak bukan sahaja membantu pengguna mendapatkan barangan pada harga berpatutan malah memberi sokongan kepada usahawan tempatan untuk terus bertahan dalam persekitaran ekonomi semasa.

**media[3510968]**