Pasport Amerika Syarikat Kelak Boleh Menjadi ID Digital Pada Google Wallet

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 4:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Malaysia, identiti pengenalan diri digital sudah mula diperkenalkan melalui MyDigital ID. Sementara lesen memandu digital pula boleh diakses melalui aplikasi MyJPJ. Untuk pasport, walaupun Malaysia berada di tangga ke-12 untuk yang paling berkuasa di dunia – versi digital masih tidak ditawarkan. Berbeza dengan pasport Amerika Syarikat yang kini dalam proses untuk disokong dalam Google Wallet.

image is not available

Ya, seperti kad debit/kredit atau kunci kereta terpilih yang boleh disimpan di dalam Google Wallet – pasport di Amerika Syarikat kelak turut boleh diimbas dan menjadi identiti pengenalan diri digital untuk digunakan di lapangan terbang. ID digital yang dihasilkan dari pasport ini turut kelak boleh digunakan untuk pengesahan identiti ketika menyewa kereta dan lain-lain.

Untuk memasukkan ID digital daripada pasport Amerika Syarikat ke dalam Google Wallet, pengguna perlu imbas pasport dengan sentuhnya di belakang peranti dan mengikuti arahan untuk mengambil gambar swafoto sebagai pengesahan tambahan. Google turut menegaskan yang ID digital pada Walllet ini bukan pengganti pasport atau kad identiti diri, sebaliknya hanya sebagai alternatif pengesahan identiti diri seperti MyDigital ID. Negara lain yang menguji ciri lebih kurang sama adalah Finland sejak dua tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved