Pasport Malaysia kini tangga ke-2 dunia

28 Sep 2026 • 2:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasport Malaysia kini tangga ke-2 dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila berada di kedudukan kedua dunia dalam The Passport Index Global Ranking 2026, berbanding kedudukan ketiga tahun lalu.

Menerusi hantaran Facebook Jabatan Imigresen Malaysia, berdasarkan penarafan berkenaan, pemegang pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 129 destinasi boleh dikunjungi tanpa visa, manakala 46 destinasi menawarkan visa semasa ketibaan.

“Sementara itu, hanya 23 destinasi memerlukan pemegang pasport Malaysia mendapatkan visa terlebih dahulu,” katanya.

Pencapaian tersebut sekali gus menggambarkan tahap penerimaan serta kekuatan pasport Malaysia dalam memudahkan pergerakan rakyat ke luar negara.

Kedudukan itu juga menyaksikan Malaysia berada dalam kelompok negara yang mempunyai pasport dengan akses perjalanan antarabangsa yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

The post Pasport Malaysia kini tangga ke-2 dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved