Platform Zaya miliki ekosistem hospitaliti mesra muslim trend terbaharu

28 Sep 2026 • 7:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Platform Zaya miliki ekosistem hospitaliti mesra muslim trend terbaharu

PETALING JAYA – Zaya, sebuah platform hospitaliti mesra muslim dari Malaysia telah dilancarkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Putrajaya bersempena Global Halal Summit Malaysia 2026 (GHaS 2026) baru-baru ini.

Pelancaran ini menandakan permulaan perjalanannya dari Malaysia ke persada dunia bagi menghubungkan pengembara, penyedia hospitaliti dan destinasi melalui sebuah ekosistem hospitaliti mesra Muslim yang baharu.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan; Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Mohammad Faisal Abu Suaib Khan; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Pegawai Eksekutif Zaya, Datuk Ada Poon.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Zaya dibangunkan untuk menghubungkan pelbagai dimensi perjalanan hospitaliti mesra Muslim dalam satu ekosistem yang meliputi penginapan, perjalanan, kesejahteraan, budaya dan pengalaman.

“Zaya berhasrat menghubungkan pengembara Muslim, penyedia hospitaliti dan destinasi merentasi sempadan bagi memudahkan pengembara menemui pengalaman yang memahami serta menghormati nilai, keperluan dan gaya hidup mereka.

“Bagi penyedia hospitaliti dan destinasi, Zaya membuka gerbang baharu untuk berhubung dengan pasaran pelancongan Muslim antarabangsa serta memperkenalkan pengalaman mesra Muslim kepada khalayak global yang lebih luas,” jelasnya.

Selain itu, Zaya berkata, GHaS 2026 adalah platform yang menjadi  sebuah perhimpunan antarabangsa yang menghimpunkan badan pensijilan halal, pembuat dasar, pengawal selia serta pemimpin industri bagi  mencerminkan jaringan global yang ingin dibina syarikat.

“Terdiri daripada jenama tempatan,  Zaya berhasrat untuk berkembang melalui kerjasama strategik dengan penyedia hospitaliti, rakan industri pelancongan serta destinasi di peringkat antarabangsa.

“Aspirasi Zaya adalah jelas iaitu untuk membina sebuah platform yang menghubungkan manusia, budaya, perniagaan dan destinasi melalui pemahaman bersama terhadap hospitaliti mesra Muslim,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

The post Platform Zaya miliki ekosistem hospitaliti mesra muslim trend terbaharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved