Pasti Rasa Macam Famous Amos, Ini Resipi Chocolate Cookies Yang Kini ‘Trending’

16 Apr 2023 • 9:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mengidam cookies Famous Amos?

Pasti Rasa Macam Famous Amos, Ini Resipi Chocolate Cookies Yang Kini ‘Trending’. Kebanyakan orang boleh bersetuju bahawa cookies Famous Amos sedap. Walaupun agak mahal daripada cookies biasa yang anda beli di kedai, tetapi ia pasti berbaloi kerana kelazatannya!

Jika anda ingin stock up cookies untuk diri sendiri tetapi tidak mahu berbelanja terlalu banyak, apa kata anda cuba membuat versi anda sendiri? Berikut ialah resipi cookies yang kini trending kerana hasil akhirnya memang rasanya serupa dengan cookies Famous Amos!

image is not available
Pasti Rasa Macam Famous Amos, Ini Resipi Chocolate Cookies Yang Kini ‘Trending’

Sediakan bahan berikut

Resipi ini simple je, asalkan anda mengikut langkah dan ukuran yang betul. Untuk membuat cookies ini, sediakan bahan berikut:

  • 250 gram butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil Vanilla Essence
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan coklat cip
  • Almond nips/almond flakes (bergantung kepada pilihan anda)

Cara membuatnya

Yang pertama, masukkan 250g butter, 1 1/4 cawan brown sugar, 1 sudu kecil vanilla essence dan sebiji telur dalam mangkuk. Kacau slow2 sahaja untuk menghasilkan campuran sebati (jangan pakai mixer).

image is not available
Kredit: Facebook

Kemudian, masukkan 2 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil baking powder dan 6 sudu besar minyak masak dalam campuran itu. Kacau sehingga sebati.

image is not available
Kredit: Facebook

Apabila sudah sebati, masukkan 2 cawan coklat cip dan kacau sehingga sebati. Kalau rasa nak tambah nips almond atau flakes, tambah sekali dalam campuran itu. Pastikan anda kacau slow2 sehingga sebati.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Adunan yang dah siap perlu dimasukkan dalam peti ais selama 30 minit. Pastikan adunan itu jadi keras sedikit dari sebelum itu.

image is not available
Kredit: Facebook

Selepas itu, sapu tray anda dengan mentega, cubit sikit daripada adunan dan letak berjarak-jarak dalam tray (bebola akan merebak setelah dibakar).

image is not available
Kredit: Facebook

Sebelum memasukkan tray itu ke dalam oven, pastikan oven anda dipanaskan suhu 150°C dan gunakan api atas bawah dan kipas on. Apabila oven anda sudah panas, masukkan tray bebola cookies itu ke dalam oven dan bakar selama 20 minit.

image is not available
Kredit: Facebook

Pastikan anda tidak membuka oven sepanjang proses membakar kerana ia akan mengganggu proses baking. Cookies itu akan kelihatan dan rasa lembut sebaik sahaja dikeluarkan daripada oven tetapi ia akan mengeras apabila sudah sejuk.

image is not available
Kredit: Facebook

Boleh lah buat cookies ni, lagi2 tak lama lagi musim perayaan. Selamat mencuba!

Lagi resipi menarik di sini: